Encik Shafie b. Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. En. Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.
Encik Shafie b. Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat
Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang
mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding
sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks KB. Bakat tokoh mula menyerlah ketika beliau berusia 22
tahun dengan kedatangan dua orang pelancong luar negara yang menyaksikan
bakatnya memainkan wau di stadium. Berminat dengan keunikan permainan tersebut,
kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari tokoh. Semenjak dari itu, tokoh
mula yakin dengan produknya serta menerima tempahan wau naik untuk dijual. En.
Shafie dan mula menerima tempahan secara eksklusif dari syarikat-syarikat besar serta jabatan
kerajaan ketika berusia 30 tahun.
Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan
telah banyak memenangi pertandingan wau di
peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Antara
pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau peringkat
antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guestsanjuran
Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik
dan Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan
anjuran Majlis Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga
ada menerima jemputan untuk membuat demonstrasi oleh Tourism Malaysia (TDC) dan
aktiviti kebudayaan anjuran kerajaan negeri.
Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh tokoh ialah badan
wau yang dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang
direka berkonsepkan wau pada permukaan syiling 50 sen. Tokoh juga tidak pernah
meniru corak-corak wau daripada ciptaan orang lain walaupun atas permintaan
pelanggan. Sekiranya diminta menghasilkan wau berdasarkan gambar yang diberi
untuk tempahan, tokoh pasti mereka cipta corak lain berdasarkan konsep yang
diberi. Ini adalah kerana tokoh amat menghormati rekacipta orang lain dan ingin
menghasilkan rekaan identitinya sendiri.
Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh En. Shafie
telah membawa beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS. Pihak MAS sering
menjembut beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia,
German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Sehingga kini, pencapaian tokoh telah
mendapat liputan daripada penerbitan majalah juga akhbar serta beberapa agensi
media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga Astro. Satu keistimewaan yang ada
pada tokoh ialah beliau amat merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan
penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah menetapkan sebarang kadar bayaran
terhadap pihak media yang ingin membuat liputan tentang dirinya, perusahaan
ataupun produknya.
Kepimpinan dan Ketokohan
Encik Shafie Bin Jusoh mula meminati bidang Kraf Wau sejak berada di
sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut
rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika
berada di tahun tiga.
Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara
sobekan melalui pemerhatian sendiri. Encik Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan
daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau
besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang
dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.
Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang
mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding
sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks KB. Bakat tokoh mula
menyerlah ketika beliau berusia 22 tahun dengan kedatangan dua orang pelancong
luar negara yang menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium. Berminat dengan
keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari
beliau.
Semenjak dari itu, beliau mula yakin dengan produknya serta menerima
tempahan wau naik untuk dijual. Encik Shafie mula menerima tempahan secara
eksklusif dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan ketika berusia 30
tahun.
Daya Kreativiti dan Inovasi
Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh beliau ialah badan
wau yang dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang
direka berkonsepkan wau pada permukaan syiling 50 sen.
Beliau juga tidak pernah meniru corak-corak wau daripada ciptaan orang
lain walaupun atas permintaan pelanggan. Sekiranya diminta menghasilkan wau
berdasarkan gambar yang diberi untuk tempahan, tokoh pasti mereka cipta corak
lain berdasarkan konsep yang diberi. Ini adalah kerana tokoh amat menghormati
rekacipta orang lain dan ingin menghasilkan rekaan identitinya sendiri.
Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian
Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh Encik Shafie
telah membawa beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS.
Pihak MAS sering menjembut beliau untuk membuat demonstrasi di luar
negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Sehingga kini,
pencapaian beliau telah mendapat liputan daripada penerbitan majalah juga
akhbar serta beberapa agensi media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga Astro.
Satu keistimewaan yang ada pada beliau ialah merendah diri meskipun
namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah
menetapkan sebarang kadar bayaran terhadap pihak media yang ingin membuat
liputan tentang dirinya, perusahaan ataupun produknya.
Produk-produk wau yang di hasilkan oleh beliau sering dibeli oleh
hotel-hotel, jabatan kerajaan, muzium serta syarikat swasta terutamanya selepas
wau tersebut digunakan dalam sesuatu pertandingan.
Sumbangan
Kejayaan demi kejayaan mula beliau kecapi. Antaranya beliau pernah
dijemput beberapa kali membuat demonstrasi dan interaktif bagi pihak Kraftangan
Malaysia.