Monday, February 5, 2018

RESEPI GULAI SIAM

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI GULAI SIAM 


BAHAN BAHAN
600 gm daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan    
1 biji kelapa
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

PROSES PENYEDIAAN
Daging dibersih & dipotong kecil-kecil. Kemudian digaul dengan serbuk kunyit & garam. Diperap 10 minit. Serai, lengkuas, cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam & belacan digiling sampai halus.

Kelapa diambil secawan pati & semangkuk santan cair. Masukkan daging, bahan-bahan yang digiling & santan cair ke dalam periuk & jerang di atas api.


Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau & pati santan. Bila terung empuk rasa garamnya, baru diangkat.

Sunday, February 4, 2018

MASAK LEMAK IKAN MASIN

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

MASAK LEMAK IKAN MASIN


BAHAN BAHAN
600 gm ikan kering (yang banyak tulang)
3 biji cili merah
1 biji kelapa
2 labu bawang besar 1 batang serai
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ikan kering dan rendam. Potong ikut sebesar yang disukai. Perah santan dan asingkan pati dan kemancarnya.


Potong cili menjadi dua. Potong serai sepanjang 5 cm dan ketuk. Jerangkan kemancar santan dan kacau selalu. Masukkan ikan kering, pati santan, asam gelugur dan cili. Kacau selalu supaya tidak naik bau

KARI CENDAWAN


BAHAN-BAHAN
Cendawan ½kg

BAHAN DITUMBUK:
bwg putih 3 biji
bwg merah besar 1 ulas
halia 1cm
serai 1btg dititik
santan dr kelapa 1biji
rempah kari ikan@ayam
daun kari

CARA PENYEDIAAN
1. tumiskan bahan2 yg ditumbuk dan masukkan serai yg sudah dititik
2. campurkan kari dgn air dan masukkan bersama bhn2 ditumis
3. bila naik bau masukkan santan, kacau

4. kuah dh mengelegak masukkan cendawan masak dlm 5 minit akhir sekali masukkan daun kari

KARI KENTANG


Bahan-Bahan:
1 kg kentang - buang kulit dan potong dadu
4 gm tomato - potong dadu
2 gm bawang besar - dicincang
5 gm daun kari
10 gm daun ketumbar - dicincang
5 gm biji sawi 
5 gm pes halia bawang putih
15 gm serbuk jintan putih 
10 gm serbuk kunyit
15 gm serbuk ketumbar
2 gm cili hijau
50 ml minyak masak
Sedikit serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bawang, pes halia bawang putih, daun karo dan masak selama 5 minit. Masukkan biji sawi dan biarkan beberapa minit lagi. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan kacau rata. 

Masukkan separuh daripada tomato dan masukkan air. Reneh pada kepanasan yang sederhan antara 15 hingga 20 minit. 

Masukkan kiub kentang dan masak sehingga kentang empuk (masukkan air dari semasa ke semasa jika perlu). Masukkan cili hijau dan serbuk perasa. Selepas masak masukkan daun ketumbar.

KARI SAYUR


BAHAN-BAHAN
250 gm ubi kentang (dipotong )
125 gm lobak merah (dibelah dua
250 gm kubis (dipotong besar)
2 biji besar tomato muda (dibelah empat)
½ camca minyak makan
¼ cawan air asam jawa
yang pekat. 1 labu besar bawang (dibelah dua & dihiris)
1 batang serai (dititik)
3 helai daun salam
315 gm daging kambing (dicincang halus)
2 ½ cawan santan cair
Garam secukup rasa
1 ½ cawan santan pekat

BAHAN GILING
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 batang lada merah
½ sudu jintan putih
1 ½ camca jintan manis
3 camca ketumbar(direndang)
1 sudu gula
½ sudu belacan (dibakar)


PROSES PENYEDIAAN
Pijarkan minyak & gorengkan bawang besar hingga layu. Masukkan bahan giling & serai. Goreng hingga minyaknya keluar. Masukkan daun salam & daging.

Apabila telah garing, kecilkan api & masukkan santan cair. campurkan ubi kentang,lobak merah & bahan perasa.

Didihkan perlahan-lahan hingga hampir empuk,Kemudian masukkan kubis & tomato. Masaklah selama 2-3 minit. campurkan santan pekat.Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian masukkan air asam jawa.


Sesuaikan rasanya & anagkat dari api apabila sayur-sayurannya telah empuk.

KELADI MASAK ASAM


BAHAN-BAHAN
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air
5 - 6 batang keladi, dibuang kulit ari, dipotong 5 cm dan direbus
½ sudu besar gula
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT:
10 - 15 tangkai cili kering
½ cawan udang kering
½ sudu teh lada hitam
1 sudu besar belacan
5 biji bawang merah

PROSES PENYEDIAAN

Perah asam jawa bersama air dan masukkan keladi rebus, gula, garam dan Bahan-bahan kisar. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Tambah air jika perlu. Masakan ini hendaklah pekat sedikit.

KENTANG SUMBAT


Bahan-Bahan:
3 biji ubi kentang sederhana besar 
300 gm daging cincang
½ cawan susu segar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih (dicincang lumat)
2 sudu makan rempah kurma (dicampur dengan sedikit air)
3 sudu makan minyak sapi
2 keping keju kraf
Garam

Cara:
Basuh ubi kentang dan dibelah dua. Korek isi di sekelilingnya. Cincang isi tadi. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk kurma hingga bangkit aromanya. Masukkan isi daging dan isi ubi kentang yang telah dicincang. 

Apabila hampir masak, masukkan susu segar dan garam secukupnya. Masak di atas api sederhana. Apabila inti masak, sendukkan ke dalam kulit kentang yang dilapik keju dan bakar hingga keju kekuningan. 

Sewaktu diangkat dari ketuhar, segera letakkan selapis keju di permukaannya. Hidangkan.

KERABU APPLE HIJAU


Bahan-Bahan:
2 biji Apple Hijau 
1 biji bawang besar 
1 biji cili besar 
4 biji cili padi 
2 biji limau kasturi
1 sudu udang kering (goreng & ditumbuk) 
1 sudu kacang (goreng & ditumbuk) 
1 sudu gula 
garam secukup rasa 

Cara:
Apple dikupas kulitnya dan dihiris halus. Bawang besar, cili merah dan cili padi diricik halus. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama dengan kacang tumbuk, udang kering, gula dan perahan limau. Tambahkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.

KERABU AYAM


Bahan-Bahan:
300 gm daging ayam (dicincang halus)
Sediit minyak
¼ cawan daun ketumbar (dicincang halus)
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 biji cili merah (ditumbuk halus)
2 camca besar daun pudina (dihiris halus)
4 camca besar beras pulut (digoreng & ditumbuk halus)
4 camca besar air limau nipis
3 camca besar sos ikan

Cara:
Goreng daging ayam dengan sedikit minyak hingga kering airnya. Angkat. Gaul daging ayam bersama daun ketumbar, bawang merah, cili merah, daun pudina dan beras pulut hingga rata. Masukkan air limau nipis dan sos ikan. Gaul hingga sebati baru dihidangkan.

IKAN TONGKOL MASAK KICAP

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN TONGKOL MASAK KICAP


BAHAN BAHAN
Seekor ikan tongkol
(bersihkan, dan potong mengikut cita
-rasa anda)
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Kicap manis
2 camca sudu teh gula
serbuk perasa sesedap rasa
garam secukup rasa  Sedikit asam jawa

Bahan yang ditumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit cili kering(rendamkan terlebih dahulu)

PROSES PENYEDIAAN
1).Goreng ikan terlebih dahulu.  Ketepikan.
2).Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk,  kemudian masukan air asam jawa.
3).Masukan kicap,gula,serbuk perasa dan  sedikit garam beserta dengan ikan yang telah digoreng.

4).Panaskan seketika,dan bolehlah dihidangkan.

IKAN TONGKOL ASAM PEDAS

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN TONGKOL ASAM PEDAS

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan tongkol yang sudah siap dibersihkan.
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato(yang masak)
5 tangkai lada kering
3 sudu besar asam jawa
3 biji lada besar (merah)   Sedikit minyak masak yang telah digunakan bagi tujuan menumis
sedikit air
garam dan serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
1.Bahagikan bawang putih kepada 2 bahagian.1 dilumurkan dengan sedikit garam dan halia.
2.Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam tadi,perapkan ikan tadi sebentar.
3.Sementara menunggu ikan diperep, mesin bahan-bahan seperti lada kering tomato, bawang besar,lebihan bawang putih,halia dan lada besar. 
4. Tumis bahan tadi dengan minyak yang telah digunakan sehingga harum dan masukkan air asam jawa,,tunggu hingga pekat sedikit,masukkan sedikit garam dan serbuk perasa,kecilkan api.
5. Ikan yang telah diperap dan dibakar hingga masak.

6. Angkat, kemudian tuangkan sos yang telah dibuat tadi...keatas ikan yang telah masak.

IKAN TERUTUP

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN TERUTUP


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan terubuk/cencaru
7 sudu besar minyak
10 tangkai cili merah
3 cm kunyit hidup
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih  3 cm halia
2 cm belacan
Sedikit jus asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ikan. Kisar cili merah, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, halia dan belacan.

Kemudian perap ikan bersama bahan-bahan kisar, garam, air asam jawa dan serbuk perasa.


Perap selama setengah jam, kemudian goreng ikan tersebut.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

BAHAN BAHAN
2 potong ikan tenggiri
1 bungkus serbuk rempah kari
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia       30 sen cili boh
1 biji terung dibelah empat
Sedikit air asam jawa
Sedikit kerisik

PROSES PENYEDIAAN
Ikan dibasuh bersih kemudian toskan airnya. Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang halus. Ambil separuh dari bahan yang telah dimayang ini kemudian ditumbuk hingga lumat. Setelah itu campurkan dengan rempah kari dan kerisik.

Kemudian gaulkan bersama cili boh. Panaskan sedikit minyak. Setelah itu tumiskan bawang-bawang serta halia yang sudah dimayang tadi hingga garing.

Bila telah garing masukkan pula bahan campuran kerisik serta serta cili boh tadi. Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila mendidih masukkan ikan.


Setelah separuh masak masukkan terung serta tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Sesudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

BAHAN BAHAN
300 gm ikan tenggiri
2 labu bawang besar-dimayang bulat-bulat
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tomato
2 biji cili merah dibelah 8
1 sudu makan cili giling
1 senduk minyak kelapa
1 sudu teh gula
Garam dan ajinomoto

PROSES PENYEDIAAN
Ikan teggiri dibersihkan dan dipotong 3. Lumurkan garam pada ikan dan goreng garing. Kemudian angkat.

Tumiskan pula cili giling hingga garing. Kicap dan sos tomato dicampur dan dibancuh dengan 1/2 cawan air.

Setelah itu masukkan dalam kuali cili tadi. Masukkan juga gula, garam dan ajinomoto. Setelah mendidih masukkan ikan.


Balik-balikkan sebentar dan barulah dibubuh bawang besar dan cili merah. Kemudian angkat dan hidangkan.

IKAN TALAPIA 3 RASA

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN TALAPIA 3 RASA

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan talapia
3 sudu sos cili
3 sudu sos plum
1 biji bawang besar
10 biji cili padi

PROSES PENYEDIAAN
Ikan talapia dicuci, dikelar rapat dan letakan garam. Goreng ikan talapia hingga garing kekuningan. Bawang besar dipotong dadu. Cili padi di potong kecil. Sos cili & sos plum disatukan.

Tumis bawang & cili padi dengan sedikit minyak hingga layu. Masukkan sos cili & sos plum tadi. Tambahkan 1/3 cawan air & masak hingga mendidih & pekat sedikit.


kemudian sos ini boleh dituang di atas ikan yg telah siap digoreng tadi.