Showing posts with label KAJIAN BAHAN. Show all posts
Showing posts with label KAJIAN BAHAN. Show all posts

Sunday, October 22, 2017

LAPORAN UJIAN KAIN PUTIH DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BATIK DAN TENUN


LAPORAN UJIAN KAIN PUTIH DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BATIK DAN TENUN

عَن عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ لاَ تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ فَإِنَّهُ مَنْ لَبِسَهُ فِيالدُّنْيَا لَمْ يَلْبَْسْهُ فِي الآخِرَةِ

Dari Umar bin al-Khaththab Radhyiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Janganlah kalian mengenakan sutra, karena siapa yang mengenakannya di dunia, maka dia tidak akan mengenakannya di akhirat.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2013 akhirnya mengesahkan seperti berikut :
Keputusan Analisis Kain Putih




Keputusan Analisis Benang


BIL
JENIS KAIN
KEPUTUSAN
1
Chiffon
100 % Sutera
2
Satin
100 % Sutera
3
Creepe De Chine
100 % Sutera
4
Jacqued
100 % Sutera
5
Habotai
100 % Sutera
6
Silk Kimono
100 % Sutera
7
Silk Chiffon
100 % Sutera
8
Doble Jacquard
100 % Sutera
9
Rayon Jaquard
74 Viscose Rayon/ 26% Sutera
10
Opel
54% Sutera / 46 Viscose Rayon

Keputusan Analisis Benang
BIL
JENIS KAIN
KEPUTUSAN
1
Benang Sutera
100 % Sutera
2
Benang Emas
Polymide (Emas) / Rayon (Putih)
3
Benang Perak
Polymide (Perak) / Rayon (Putih)
4
Benang Polyester
100 Polyester


 عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ اليَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُولُ لاَ تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلاَالدِّيبَاجَوَلاَ تَشْرَبُوافِي آنِيَةِ الذِّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلاَ تَأْكُلُوافِي صِحَافِهَا فَأِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنا فِي الآخِرَةِ

Dari Hudzaifah bin al-Yaman, dia berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Janganlah kalian mengenakan sutra halus dan sutra kasar, dan janganlah kalian minum dengan menggunakan bejana emas dan perak, janganlah kalian makan dengan piring emas dan perak, karena yang demikian itu bagi mereka di dunia dan bagi kalian di akhirat.

Makna Secara Umum
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kaum laki-laki mengenakan sutra halus dan sutra kasar, karena jika laki-laki mengenakannya, bisa mengesankan sifat kewanitaan atau menyerupai para wanita yang suka kepada perhiasan. Sementara kaum laki-laki dituntut untuk memiliki ketegaran, kekuatan dan kejantanan.

Beliau juga melarang masing-masing dari kaum laki-laki dan wanita makan dan minum dengan menggunakan piring dan bejana yang terbuat dari emas atau perak, karena hal itu mencerminkan kemewahan dan kesombongan, disamping dapat menyakiti hati orang-orang fakir yang tidak memiliki apa pun untuk memenuhi kebutuhan pokoknya dan juga dapat mempersempit perputaran uang di kalangan orang-orang yang bermuamalah. Beliau memberikan alasan dengan bersabda, “Sesungguhnya makan dan minum dengan menggunakan emas dan perak itu bagi orang-orang kafir yang menikmati kesenangan mereka di dunia. Sementara kenikmatan itu bagi kalian wahai orang-orang muslim yang tulus pada hari Kiamat, jika kalian menghindari emas dan perak itu karena takut kepada Allah dan mengharapkan pahala di sisi-Nya.


Orang laki-laki yang mengenakan sutra di dunia, berarti dia lebih dahulu menikmatinya. Karena itu dia tidak akan menikmati dan mengenakannya di akhirat. Sebab orang yang lebih dahulu menikmati sesuatu sebelum tiba waktunya, maka dia dihukum dengan tidak mendapatkan kesenangan itu. Sesungguhnya siksa Allah itu amat pedih

KAJIAN BAHAN DAUN NIPAH UNTUK PRODUK KRAF SABAH

Pokok Nipah

P
okok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur dikawasan paya air masin. Ianya lebih dikenali oleh mesyarakat nelayan yang tinggal di muara-muara sungai dan di tepi pantai kerana daunnya digunakan sebagai atap dan dinding rumah disamping pucuk yang diproses untuk dijadikan sebagai rokok yang dikenali sebagai Kirai, manakala buahnya yang muda pula enak dimakan atau diproses menjadi gula yang dikenali sebagai gula nipah dan juga air mayang muda.

( sebelum keluarnya buah ) boleh dijadikan sebagai  minuman tradisi yang juga dipanggil tuak nipah. Namun usaha Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Sabah untuk menambah sumber ekonomi keluarga nelayan disamping mencari bahan baru menjadikan daun Nipah sebagai bahan utama pembuatan produk kraftangan yang berpotensi untuk dimajuakan oleh pengusaha-pengusaha dan pengemar kraf.


Proses membilah daun Nipah

Proses membilah daun Nipah ( daun muda ) memerlukan susana  kerja yang sabar serta kerjatangan yang halus kerana daun muda yang dibilah mudah terkoyak dengan benda –benda yang tajam seperi pisau yang digunakan. Oleh itu proses pembilahan hendaklah dibuat oleh mereka yang mahir dan perlu berhati-hati demi mengelakan banyak bahan yang terbuang. Bagi tujuan pemilihan daun yang sesuai dijadikan produk, Ianya dipilih daripada pucuk nipah yang belum terlerai yang panjangnya kira-kira 3-6 meter. Pada mulanya pucuk nipah di tebang dan daun muda diceraikan dengan pelepah. Proses seterusnya ialah mengasingkan daun muda tersbut daripada lidi yang terletak ditengah-tengah daun dan lidi kecil yang terletak ditepi daun kemudian barulah proses membilah daun mengikut saiz yang diperlukan.



ANTARA PERALATAN YANG DIGUNAKAN


PROSES PENGERINGAN DAUN NIPAH

Bagi tujuan pengeringan  daun Nipah, ianya memerlukan suhu yang sederhana iaitu tidak terlalu kering jika hendak membuat sesuatu produk kraftangan. Ini adalah kerana bahan yang terlalu kering mudah putus semasa melurut berbanding bahan-bahan yang lain seperti pandan dan mengkuang.

Berikut adalah kejian pengeringan yang telah dilakukan dimana bahan dijemur pada suhu bilik dan dibawah cahaya matahari.


     PROSES PEWARNAAN DAUN NIPAH

Penyediaan Warna

Dalam proses pewarnaan daun Nipah juga boleh menyerap warna dengan mudah seperti Pandan, Serdang, Buluh dan  bahan-bahan yang lain. Semasa proses pewarnaan dibuat kita perlulah menyediakan warna-warna yang dikehandaki dengan sukatan yang betul. Beberapa jenis warna yang boleh digunakan dalam proses ini termasuklah jenis Semasa Besic, Jenis NCL, Daylon dan warna-warna tradisional seperti isi Kunyit dan Tambu Kuning.



Bagi tujuan proses pewarnaan keadah yang selalu digunakan ialah dengan memanaskan air sehingga mendidih kemudian masukan warna yang telah dibancuh sepertimana yang dikehandaki. Seterusnya masukan bahan  dan kacau bahan tersebut sehingga penyerapan warna sekata kemudian masukan Deko Oil bagi tujuan menggalakan penyerapan warna serta mencuci serabut bahan  dan cuka bagi tujuan mematikan warna  agar tidak luntur.

Bilah Nipah yang diwarnakan

Hasil daripada kajian pewarnaan didapati daun Nipah  mudah menyerap warna-waran yang dibuat sepertimana contoh dibawah.


KAJIAN PEWARNAAN ASLI BAKAU UNTUK BAHAN KRAF

BAKAU

Hutan bakau merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara kita Malaysia. Ianya hidup subur di paya air masin dan sungai-sungai yang terlindung. Hampir 57% hutan bakau terdapat di negeri Sabah, manakala 26% di Serawak dan 17% di Semanajung. Sabah mempunyai kawasan hutan bakau terbesar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia( sumber rujukan : Wetlands International Laman Web: www.wetlands.org ).  
 
POKOK BAKAU
Hutan kayu bakau merupakan sumber bahan yang amat penting bukan sahaja sebagai penambat pantai daripada hakisan dan sebagai tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesis tumbuhan, ianya juga penting sebagai sumber bahan binaan bangunan, arang, kayu api, tiang rumah, pagar dan sebagainya.

Bagi mencari bahan baru pewarnaan produk, maka Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah membuat satu kajian tentang kulit bakau (  Rhizophora sp )  dan tangar ( Brugueira sp )sebagai bahan pewarnaan produk kraf seperti pandan, serdang, buluh, silad, rotan dan benang tenunan. Kulit bakau diambil daripada pokoknya dengan cara mengopek kulit tersebut daripada batangnya ( kulit bakau dikopek sebehagian sahaja supaya pokok bakau tidak akan mati ).Cara ini adalah sesuai bagi mengekalkan spesisnya berbanding memusnahkan pokoknya dengan menebang dan merosakkan tumbuhan yang lain. Kulit bakau yang diambil mestilah jenis pokok bakau yang lebih tua agar dapat menghasilkan warna yang lebih tua.

Dalam kajian ini, Kulit tangar dan kulit bakau akan dijemur dibawah pancaran matahari sehingga kering selama 3 hari. Setelah bahan ini betul-betul kering ianya akan disimpan didalam satu balang kaca yang ditutup rapat dan disimpan dalam jangka masa 5 hingga 6 bulan untuk digunakan.

POKOK BAKAU

Kulit Bakau

Kulit dikeringkan

Dikeringkan dalam tin


POKOK BAKAU JENIS TANGAR

Kulit Bakau Tangar
Kulit Dikeringkan
Dalam Botol


Hasil kajian yang telah dibuat mendapati bahan yang disimpan selama 5 hingga 6 bulan ini hanya menghasilkan 85% warna kekuningan berbanding dengan penghasilan 100% semasa bahan yang masih basah ( hidup ). Antara bahan – bahan kraf yang boleh menghasilkan warna menggunakan pewarna ini ialah seperti kain sutera, benang sutera, bilah buluh dan bilah rotan.

Benang Sutera

Bilah Buluh


KAJIAN PEWARNAAN DAUN LADA DALAM PENYERAPAN WARNA BAHAN KRAF



Pokok Lada / Cili

Lada ( cili ) sejenis pokok yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun mempunyai rasa buah yang pedas tetapi ianya digemari oleh masyarakat melayu sebagai bahan tambahan perasa masakan. Pokok lada hidup subur di kawasan bertanah lembab dan kebiasanya ditanam dikawasan sekitar rumah atau pun diladang - ladang pertanian. Pada masa dahulu daun lada digunakan sebagai bahan pewarnaan benang kapas yang ditenun menjadi kain seperti kain mugah, dastar, baraguru dan sambitan oleh masyarakat Irannun di daerah Kota Belud. Daun lada ditumbuk  halus dan direbus bersama benang sehingga menghasilkan warna hijau. Pada asasnya benang ini digunakan untuk membentuk motif-motif tumbuhan, binatang dan sebagainya dalam penghasilan produk tenunan tradisional.

Daun lada yang telah dikeringkan

Daun kering diletakkan di dalam botol kedap udara

       
Kini  beberapa kajian menggunakan  bahan daun lada sebagai pewarnaan bahan kraf seperti buluh, pandan, serdang dan rotan.
Dalam kajian ini, Daun lada akan dijemur dibawah pencaran matahari sehingga kering selama 3 hari. Setelah daun lada betul-betul kering ianya akan disimpan didalam satu balang kaca yang ditutup rapat dan disimpan dalam jangka masa 5 hingga 6 bulan untuk digunakan.

Hasil kajian yang telah dibuat mendapati daun lada yang disimpan selama 5 hingga 6 bulan ini hanya menghasilkan 55% warna hijau berbanding dengan penghasilan 100% semasa bahan yang masih basah ( hidup ).Antara bahan – bahan kraf yang boleh menghasilkan warna menggunakan pewarna ini ialah seperti kain sutera, benang kapas dan hanya 10% penyerapan dapat dihasilkan terhadap bahan-bahan lain seperti buluh, rotan, serdang dan pandan.

Bahan Serdang

Bahan Buluh

KAJIAN PEWARNAAN KUNYIT


Pokok Kunyit

Kunyit nama saintifiknya “Curcuma longa / curcuma domestica”  atau “kurkum” dalam bahasa Arab dan “jiang huang / yu jin” bahasa China merupakan sejenis tumbuhan herba  terkenal sebagai bahan tambahan perasa masakan oleh masyarakat melayu . Ianya hidup subur di kawasan bertanah lembab dan kebiasanya kunyit ditanam dikawasan sekitar rumah atau pun di ladang - ladang pertanian. Pada masa dahulu isi kunyit digunakan sebagai bahan pewarnaan benang kapas yang ditenun menjadi kain seperti kain mugah, dastar, baraguru dan sambitan oleh masyarakat Irannun di daerah Kota Belud. Isi kunyi ditumbuk atau dikisar halus akan menghasilkan warna kuning yang membentuk motif-motif tumbuhan, binatang dan sebagainya.
 
Kunyit Hidup
kajian menggunakan  bahan isi kunyit sebagai pewarnaan bahan kraf seperti buluh, pandan, serdang dan rotan. 

Isi Kunyit telah diproses

Isi kunyit telah dikisar dan dijemur


Dalam proses ini, Isi kunyit yang telah dikisar halus akan dijemur dibawah pancaran matahari sehingga kering selama 3 hari. Setelah isi kunyit betul-betul kering ianya akan disimpan didalam satu balang kaca yang ditutup rapat dan digunakan dalam jangka masa 5 hingga 6 bulan.


Isi kunyit kering disimpan 5 hingga 6 bulan dalam balang kaca

Hasil kajian yang telah dibuat mendapati isi kunyit yang disimpan selama 5 hingga 6 bulan ini hanya menghasilkan 75% warna kuning berbanding dengan penghasilan 100% semasa bahan yang masih basah ( hidup ).

Antara bahan – bahan kraf yang boleh menghasilkan warna menggunakan pewarna ini ialah seperti rotan, buluh, pandan, kain sutera dan benang kapas.

Kain Suera

Benang Sutera

Dalam kajian ini proses mencampurkan bahan lain seperti isi kunyit, kulit tangar dan kulit bakau yang dikeringkan boleh menghasilkan warna  mengikut bahan kraf yang digunakan. Antara tindak balas pewarnaan yang dihasilkan sepertimana gambar dibawah.

Bilah Buluh

Rotan