Saturday, October 19, 2019

PRODUK KRAF KAYU BELIAN LUNEU SARAWAK

Pada 19 Oktober 2019 saya berkesempatan untuk datang ke Bengkel Krftangan Pembuatan pelbagai produk kraf berasakan kayu Belian di Bengkel Manly Ironwood Kraf Enterprise di Kampung Stunggang Dayak Lundu sarawak iaitu syarikat yang telah berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Unik dan memaang betul usahawan ini menghasilkan pepbagai produk menggunakan layu belian asli yang sukar didapati sekarang. Pelbagai produk dihasilkan seperti produk perabot berskala besar seperti kerusi, meja dan pelbagai alat kelengkapan dan perhiasan rumah.
Usahawan ini memaklumkan dia baru sahaja menyiapkan tempahan daripada pihak Istana iaitu tempahan Tuanku Permainsuri Agong. Kualiti produk yang dihasilkan menyebabkan tempahan dan belian dan permintaan dari semua golongan.

Sempena Festival Kraf Borneo Waterfront Kuching Sarawak, syarikat ini turut mengambil bahagian untuk memasarkan produk belian yang di hasilkan dan mengharapkan tempahan selepas program.


Pada Hari kraf tahun 2020, syarikat ini menyatakan akan turut hadir sebagaimana beliau turut menyertainya pada tahun 2019.



Monday, October 14, 2019

PRODUK KRAF ANYAMAN RIBU RIBU


Ribu-ribu atau nama saintifiknya Lygodium tergolong dalam famili paku-pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali dikalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas di zaman silam terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas tembakau, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan bilahan buluh.
Kini penggunaan ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan berbanding dengan negeri Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman ribu-ribu atau dikenali dengan panggilan Rinago di sabah masih diusahakan secara turun temurun oleh suku kaum Rungus terutama di daerah Kudat. Kini kemahiran ini telah mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu yang biasa digunakan oleh kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.
CARA MEMPEROSES RIBU RIBU
  • Batang ribu-ribu serta akarnya dicabut. 
  • Daun-daun dan bahagian hujung (pucuk) nya dipotong. 
  • Ribu-ribu dibelah sedikit dengan pisau kepada dua atau tiga bahagian mengikut ukuran. 
  • Belahan dimulakan daripada hujung hingga ke pangkal. 
  • Seterusnya belahan dibuat dengan hanya menggunakan ibu jari. Benda tajam seperti pisau adalah tidak sesuai kerana akan menyebabkan belahan tidak seimbang, mudah putus dan rosak. 
  • Setelah belahan hampir kehujung atau pangkal, empulur akan ditarik keluar. Ribu-ribu kemudian digantung dan dijemur di tempat yang teduh hingga kering. Ribu-ribu yang terlalu kering akan mengakibatkan kulit ribu-ribu menjadi kecut dan mudah patah bila dianyam. Ia juga perlu dielakkan daripada terkena air sebelum digunakan agar ia tidak mudah bertukar kepada warna hitam.
  • Ribu-ribu yang telah kering seterusnya diraut dengan pisau.
  • Helaian ribu-ribu kemudian dijangka mengikut saiz yang dikehendaki dengan memasukkannya melalui lubang tudung tin yang ditebuk.


Alat-Alat Untuk Menganyam Ribu-Ribu
  •  Beberapa peralatan perlu disediakan terlebih dahulu.
  • Penyucuk ais yang kecil alat yang panjangnya lebih kurang tiga inci ini digunakan untuk menjalin ribu-ribu.
  • Rotan empulur digunakan sebagai bahan lingkaran atau bingkai asas bagi menjalin ribu-ribu mengikut bentuk dikehendaki.
  • Pengetip kuku digunakan untuk memotong dan memperkemaskan lebihan ribu-ribu yang dijalin.

Proses Anyaman
  • Rotan empulur atau bemban diraut dengan pisau dan kemudian dibasahkan sedikit untuk melembutkannya.
  • Ribu-ribu disimpulkan sedikit dan seterusnya dijalin pada rotan empulur. Jalinan seterusnya dibuat mengikut lingkaran rotan dengan menggunakan penyucuk ais. 
  • Sementara itu, lebihan ribu-ribu pula dipotong menggunakan pengetip kuku. Jalinan atau ikatan lilitan dibuat dengan kemas dan teliti sehinggalah barangan siap.



Kegunaan Ribu-Ribu

Secara tradisi, ribu-ribu asli digunakan tanpa sebarang pewarna. Namun demikian, ribu-ribu kini telah dicelup pewarna untuk membentuk pelbagai corak dan warna yang menarik pada barangan ribu-ribu. Kraf Rinago atau ribu-ribu pada asalnya digunakan oleh kam Rungus di Sabah sebagai bekas penyimpan bahan-bahan untuk ubat-ubatan tadisional. Melalui pengubahsuaian pelbagai bentuk, kraf ribu-ribu kini tampil dengan berwajah baru. Penggunaannya juga turut meluas, tidak lagi sekadar bekas serbaguna, bekas barang kemas atau tepak sirih tetapi juga turut dijadikan sebagai perhiasan, bekas buah, pasu bunga dan sebagainya.