Tuesday, October 24, 2017

PEMBUATAN PRODUK SENI KRAF JAHITAN MENGAIT PAK TAM




Pak Tam atau nama penuhnya Encik Syukur Ismail amat dikenali sebagai pembuat Seni Kraf kait atau Jahitan mengait yang berusaha mengekalkan produk kraf ini dengan menjelajah seluruh negara membimbing dan mengajar mereka yang berminat.Khidmat beliau sampai hongga ke negeri sabah.

Usaha beliau berterusan apabila pada 25 November 2017 beliau bersama rakan rakan pembuat produk kait akan mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Record dengan menghasilkan produk kait terpanjang iaitu kira kira 500 meter dan akan dibuat semasa KLICF diadakan di Putrajaya. Pembuat lait yang terlibat dalam penghasilan rekod ini adalah seramai 50 orang. 

Semoga usaha beliau dalam mengekalkan produk ini dihargai dan semakin ramai yang berminat untul menjadikan penghasilan produk kait sebagai satu hobi dan sebagai salah satu produk yang boleh memberi pulangan pendapatan.


Sunday, October 22, 2017

PEMBUATAN PERAHU LEPA SEMPORNA


Perahu Lepa merupakan alat pengangkutan dan perhubungan bagi suku kaum Bajau Semporna yang paling penting pada masa dahulu. Lepa digunakan sebagai alat perngangkutan untuk mengunjungi sanak saudara yang tinggal berjauhan di kepulauan Semporna seperti Pulau Timbun Mata, Pulau Mataking, Pulau Bohecuz, Pulau Denawan, Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau Lahad Datu. Penggunaan kapal Lepa mula diperkenalkan oleh Panglima Malabih Masama dan digunakan untuk pelayaran ke Filipina.

Dinyatakan juga bahawa selain menjadi alat pengangkutan, Lepa juga dijadikan sebagai tempat kediaman bagi orang-orang laut. Sehingga kini keadaan ini masih wujud di daerah Semporna, Orang-orang laut yang dikenali sebagai “Pala'u” masih mengekalkan tradisi menjadikan perahu sebagai tempat kediaman utama mereka.

Selain Panglima Malabih Masama, pengasas Lepa Semporna termasuklah juga Japaludin Anak Salih Ngungsu Ayak dan datuk kepada bekas TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai iaitu Panglima Uddang yang pada waktu itu menetap di Tong Taalun, Pekan Semporna.

Seorang lagi yang dikenali sebagai Rajanong telah menyatakan bahawa Lepa milik beliau yang dibuat di Kampung Kabimbangan Pulau Bum-Bum, Semporna merupakan Lepa yang asal dan asli dan tidak pernah diubahsuai corak dan buatannya.


TUAN HAJI MOHD MUSARI BIN EBBA
 


Tuan Haji Mohd Musari Bin Ibnu dilahirkan di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum, Semporna pada 10 Disember 1942. Beliau merupakan anak jati suku kaum Bajau, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.


 



Beliau mula berkecimpung dalam bidang pembuatan perahu lepa sejak tahun 1969 iaitu ketika berumur 27 tahun. Mula menjalankan aktiviti pembuatan secara sambilan dan mempelajari ilmu pembuatan perahu dari Tuan Haji Bakara yang juga merupakan sepupu beliau.

Pada mulanya bengkel pembuatan yang digunakan untuk membuat perahu Lepa adalah amat kecil (Seperti dalam gambar). Hasil yang dikeluarkan juga amat terhad kepada satu buah perahu untuk tempoh tiga bulan.

Pada masa kini, Haji Mohd Musari banyak menerima tempahan perahu Lepa sekitar bulan Januari hingga April setiap tahun.

Ini disebabkan adanya sambutan Pesta Regatta Lepa yang akan disambut di daerah Semporna pada setiap tahun iaitu pada bulan April.

LAPORAN UJIAN KAIN PUTIH DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BATIK DAN TENUN


LAPORAN UJIAN KAIN PUTIH DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BATIK DAN TENUN

عَن عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ لاَ تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ فَإِنَّهُ مَنْ لَبِسَهُ فِيالدُّنْيَا لَمْ يَلْبَْسْهُ فِي الآخِرَةِ

Dari Umar bin al-Khaththab Radhyiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Janganlah kalian mengenakan sutra, karena siapa yang mengenakannya di dunia, maka dia tidak akan mengenakannya di akhirat.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2013 akhirnya mengesahkan seperti berikut :
Keputusan Analisis Kain Putih




Keputusan Analisis Benang


BIL
JENIS KAIN
KEPUTUSAN
1
Chiffon
100 % Sutera
2
Satin
100 % Sutera
3
Creepe De Chine
100 % Sutera
4
Jacqued
100 % Sutera
5
Habotai
100 % Sutera
6
Silk Kimono
100 % Sutera
7
Silk Chiffon
100 % Sutera
8
Doble Jacquard
100 % Sutera
9
Rayon Jaquard
74 Viscose Rayon/ 26% Sutera
10
Opel
54% Sutera / 46 Viscose Rayon

Keputusan Analisis Benang
BIL
JENIS KAIN
KEPUTUSAN
1
Benang Sutera
100 % Sutera
2
Benang Emas
Polymide (Emas) / Rayon (Putih)
3
Benang Perak
Polymide (Perak) / Rayon (Putih)
4
Benang Polyester
100 Polyester


 عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ اليَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُولُ لاَ تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلاَالدِّيبَاجَوَلاَ تَشْرَبُوافِي آنِيَةِ الذِّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلاَ تَأْكُلُوافِي صِحَافِهَا فَأِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنا فِي الآخِرَةِ

Dari Hudzaifah bin al-Yaman, dia berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Janganlah kalian mengenakan sutra halus dan sutra kasar, dan janganlah kalian minum dengan menggunakan bejana emas dan perak, janganlah kalian makan dengan piring emas dan perak, karena yang demikian itu bagi mereka di dunia dan bagi kalian di akhirat.

Makna Secara Umum
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kaum laki-laki mengenakan sutra halus dan sutra kasar, karena jika laki-laki mengenakannya, bisa mengesankan sifat kewanitaan atau menyerupai para wanita yang suka kepada perhiasan. Sementara kaum laki-laki dituntut untuk memiliki ketegaran, kekuatan dan kejantanan.

Beliau juga melarang masing-masing dari kaum laki-laki dan wanita makan dan minum dengan menggunakan piring dan bejana yang terbuat dari emas atau perak, karena hal itu mencerminkan kemewahan dan kesombongan, disamping dapat menyakiti hati orang-orang fakir yang tidak memiliki apa pun untuk memenuhi kebutuhan pokoknya dan juga dapat mempersempit perputaran uang di kalangan orang-orang yang bermuamalah. Beliau memberikan alasan dengan bersabda, “Sesungguhnya makan dan minum dengan menggunakan emas dan perak itu bagi orang-orang kafir yang menikmati kesenangan mereka di dunia. Sementara kenikmatan itu bagi kalian wahai orang-orang muslim yang tulus pada hari Kiamat, jika kalian menghindari emas dan perak itu karena takut kepada Allah dan mengharapkan pahala di sisi-Nya.


Orang laki-laki yang mengenakan sutra di dunia, berarti dia lebih dahulu menikmatinya. Karena itu dia tidak akan menikmati dan mengenakannya di akhirat. Sebab orang yang lebih dahulu menikmati sesuatu sebelum tiba waktunya, maka dia dihukum dengan tidak mendapatkan kesenangan itu. Sesungguhnya siksa Allah itu amat pedih

PEMBUATAN GONG KG SUMANGKAP KUDAT SABAH

PEMBUATAN GONG KG SUMANGKAP KUDAT SABAH

PEMBUATAN GONG KG SUMANGKAP KUDAT SABAH
INDUSTRI DESA DI BAWAH PROJEK SATU DAERAH SATU INDUSTRI KRAF (SDSI)



Kg sumangkap Kudat merupakan desa yang terletak di Daerah Kecil Matunggong, Kudat Sabah iaitu kira kira  160km dari Kota Kinabalu Sabah dan 35km dari Bandar Kudat, Sabah.

Majoriti penduduk adalah dari Suku Kaum Rungus dan menjalankan sumber ekonomi menghasilkan produk kraf berasaskan gong, bertani dan lain lain pekerjaan.

Kampung Sumangkap amat terkenal bagi penggemar produk kraf berasaskan Gong, kerana di kampung ini terdapat seramai kira kira 35 orang pengusaha kraf aktif menghasilkan produk gong secara sepenuh masa dan menjadikan industri ini sebagai sumber pendapatan utama.


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagai peneraju kraf Malaysia telah membantu usahawan di Kampung ini dari segi bantuan peralatan, bahan dan promosi. Manakalah agensi negeri di bawah Kementerian Luar Bandar (KPLB) pula menyediakan prasarana bengkel pengusaha. Selain dua agensi ini terdapat juga bantuan daripada agensi lain seperti Sabah Tourism Board, Pejabat Daerah Kecil Matunggong dan lain lain agensi dan pihak swasta.



Agensi Pelancongan turut merancakkan aktiviti penghasilan kraf di Kampung Sumangkap apabila bas bas pelancong hamper setiap hari datang melawat Kampung ini. Boleh dikatakan Kampung Sumangkap telah menjadi salah satu nadi penggerak aktiviti Pelancongan di Daerah Kudat selain adanya Simpang Mengayau dan lain lain aktiviti pelancongan di Daerah ini.




Terdapat Gong terbesar di Kampung ini yang telah dibina oleh Mendiang Raimond angkap pada tahun 2007. Berukuran kira kira 18 kaki, dibina menggunakan kepingan zink sebanyak 50 unit. Bersesuaian dengan sambutan hari Kemerdekaan yang ke 50 pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun Gong ini belum diiktiraf oleh Malaysian dan World Book Of Record sebagai Gog terbesar di Malaysia dan Dunia.


Pemimpin pemimpin negara turut melawat Kg Sumangkap dia nataranya ialah Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datu Seri Mohammed Nazri Aziz dan lain lain lagi.



Lawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

PERSONALITI KRAF - PUAN EMILY JENEBLE


 



USAHAWAN ANYAMAN HALUS PRODUK BULOH DI BAWA KRAF KAMPUNGKU.

Personaliti Kraf  ini berasal dari Kg Batu Lunguyaan Sook Keningau, iaitu sebuah kampung yang terletaknya sejarah batu sungai yang dinamakan sebagai batu Lunguyan dan sempena nama batu ini la nama Kampung Batu lunguyan kekal hingga sekarang.


Puan Emily Jeneble Ibu kepada 5 Orang anak ini merupakan salah seorang usahawan kraf anyaman Buluh yang aktif di Kampung ini dan merupakan salah seorang penggerak industri kraf Anyaman Buluh di kampung ini, daerah Keningau, negeri Sabah malah di Malaysia. Berketuruna suku Kaum Dusun.

Terlibat aktif sepenuhnya dalam penghasilan produk berasaskan anyaman Buluh dan pernah menyertai program promosi Kraf samada di peringkat dalam negeri hinggalah ke luar negara. Belia juga salah seorang merupakan penggerak kepada perkembangan produk anyaman buluh sehingga dikenali seluruh dunia. Syabas Ibu Muda…

Pada bulan Mac 2017, Kampung Batu Lunguyan telah diiktiraf sebagai pusat pengeluaran produk anyaman Buluh di bawah Kraf Kampungku anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Salah seorang usahawan penggerak program ini ialah Puan Emily yang mana beliau merupakan salah seorang wakil peserta yang terlibat dari mula perancangan, mesyuarat dan sehingga program ini Berjaya di lancarkan.

 
Sehingga kini beliau masih aktif dan sekiranya berminat untuk berjumpa dengan beliau dan menempah produk anyaman buluh Kraf Kampungku KKK Kampung Batu Lunguyan, boleh terus ke kampong tersebut atau menghubungi saya melalui komen di bawah.


Semoga adanya usahawan seperti beliau, industry kraf Malaysia akan terus berkembang. Syabas dan Tahniah


Antara produk Kraf Kampungku yang Dihasilkan oleh Puan Emily dan rakan rakan...

 
Produk Hari Kraf Kebangsaan 20017

INSTITUT TENUN DIRAJA PAHANG SUATU KEBANGGAN RAKYAT PAHANG.

INSTITUT TENUN DIRAJA PAHANG SUATU KEBANGGAN RAKYAT PAHANG.

INSTITUT TENUN PAHANG DIRAJA SATU KEBANGGAAN RAKYAT PAHANG







Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja (IKTPD) bertempat di Kompleks Budaya Kg. Pulau Keladi, Pekan, Pahang terletak berhampiran dengan Rumah Kediaman Perdana Menteri ke 2 iaitu Tun Abd Razak
Pusat latihan dan pengeluaran produk tenunan asli yang turut mendapat kepercayaan pihak istana Pahang. Tempat yang amat menarik untuk dikunjungi dan merupakan Institut yang dipantau dan di bawa kendalian Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. 

Merupakan satu kebanggaan bagi penduduk negeri Pahang kerana ada pusat pembangunan dan pengeluaran produk seumpama ini. Ini merupakan salah satu usaha berterusan pihak Istana dan kerajaan untuk mengekalkan budaya dan tradisi tenunan Diraja Pahang kekal untuk anak cicit pada masa akan datang. Tahniah





 Ruang latihan yang luas

Produk pameran hasil gubahan dari tenun Diraja


KRAF KAMPUNGKU ( KKK) KG BATU LUNGUYAN KENINGAU, SATU TRANSFORMASI PRODUK KRAF

KRAF KAMPUNGKU ( KKK) KG BATU LUNGUYAN KENINGAU, SATU TRANSFORMASI PRODUK KRAF



Kraf Kampungku KKK Kg Batu Lunguyan merupakan satu transformasi perkembangan industri kraf daripada produk berasaskan pasaran kecil kepada pasaran yang lebih besar dan luas.

Pada bulan Mac 2017 perasmian Kraf Kampungku Kg Batu lunguyan telah dilancarkan oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Kg Batu Lunguyan. Pelancaran dan perasmian ini menandakan industri kraf anyaman Buluh ini akan berkembang dan akan membantu meningkatkan pendapatan usahawan kraf Kg Batu Lunguyan meningkat dan terus meningkat.

Berikut artikel dan keratan akhbar perasmian KKK Kg Batu Lunguyan.





SEJARAH PENUBUHAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH


SEJARAH PENUBUHAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH

 


Maklumat ini saya ambil dari blog Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Sabah hasil tulisan Encik Lawrence Kintau. Syabas buat Kraftangan Malaysia Sabah..ini adalah sejarah yang perlu diwarwarkan.Izinkan saya share maklumat ini..

Bangunan ala minang yang menempatkan Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud adalah tempat bermulanya sejarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah telah musnah dalam kebakaran yang berlaku pada tahun 1986.

SEJARAH

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah bermula di daerah Kota Belud, dimana pada 1977 kewujudan Pusat Latihan Kraftangan di daerah itu diletakkan dibawah SEDCO (Sabah Economic Development Corporation). Pusat Latihan tersebut memfokuskan bidang Tenunan Tradisi Sabah, Anyaman Pandan dan Pembuatan Tikar Lampit Rotan sebagai bidang utama dan pelatih-pelatih yang menyertai latihan di tempat itu datangnya dari berbagai daerah di Sabah.

Pada tahun 1978 Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud telah bertukar pengurusan kepada Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM). Semasa dalam pengurusan LKM, Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud masih mengekalkan bidang kraf yang sediaada dan ditambah dengan beberapa daerah yang mengendalikan latihan kraftangan seperti daerah Semporna latihan bidang kayu kraf, daerah Keningau mengendalikan latihan anyaman rotan dan daerah Tambunan mengendalikan latihan anyaman buluh. Akhirnya pada 1 Oktober 1979 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ditubuhkan di bawah akta 222 dan bermula dari situ Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud membuat pemusatan latihan di Kota Belud untuk bidang tenunan, kayu dan rotan. Latihan bidang buluh dikendalikan di Putatan dan latihan buluh akhirnya disatukan dibawah satu bumbung di Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud.

Pada tahun 1986 telah terjadi kebakaran yang memusnahkan Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud dan aktiviti latihan telah terhenti dan pengurusan aktiviti di Kota Belud ditempatkan di Sembulan Kota Kinabalu dan mengendalikan aktiviti latihan untuk bidang tenunan dan anyaman. Aktiviti latihan terhenti sepenuhnya apabila latihan kemahiran dipusatkan di Institut Kemahiran Negara (IKN) di Rawang Selangor.


Lawatan TYT Sabah Tun Adnan Robert diiringi oleh Encik Mohd Yakin Momin yang pernah menjadi pentadbir pertama Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud sewaktu dibawah pentadbiran SEDCO.

PENTADBIRAN

Semasa dibawah pentadbiran SEDCO tahun 1977 aktiviti Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud. Bidang latihan Tenunan dikendalikan oleh Cik Kayang Bidan, Puan Sarimah Samad dan Puan Imbas Akong, bidang anyaman pandan dikendalikan oleh Puan Sinti dan latihan tikar lampit rotan dikendalikan oleh puan Rose Latiang Limbondok, kesemua mereka bertindak sebagai jurulatih dan diawasi oleh pengurus pusat Encik Mohd Yakin Momin. Setelah Pusat Latihan Kraftangan beralih pengurusan ke Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1978, lembaga ini telah ditadbir oleh Datu Jack Maik sebagai pengurus lembaga dan latihan di Kota Belud menambah seorang lagi tenaga pengajar Puan Normah Ismail dari Kelantan dan mengekalkan tenaga pengajar yang sediada. Latihan rotan di Keningau dikendalikan oleh Encik Bakri Harun, Latihan kayu di Semporna menggunakan tenaga pakar luar dari Indonesia Encik Gunawan Sinom (Semarang) dan Encik I Ketut Mandiyasa (Bali) sebagai jurulatih dan bahagian buluh dikendalikan oleh Encik Badrul Sham Mustafa dan Encik A

miruddin Borhan sebagai Jurulatih. Pengurus Lembaga Kraftangan Malaysia Datu Jack Maik telah digantikan oleh Encik Johari Yusof pada tahun 1979 sehingga penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui akta 222, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di tadbir oleh beberapa orang pengarah bermula dengan Encik Abdul Aziz Bin Abdul Rahman tahun 1980 dan Pengurus Pusat Latihan Kraftangan Kota Belud ketika itu Encik Noor Ismail Bin Mohd Som, Encik Kamalruzaman Mera Husin menjadi pengarah cawangan Sabah tahun 1985, Encik Mohd Suhlime Idrus pada tahun 1989, Encik Yusof Hassan tahun 1992, Encik Mohammad Ali Haji Mad Jais tahun 1998, Encik Zainal Abidin Che Pa tahun 2000, Encik Yusak Haji Mahamud tahun 2006, Haji Mokhtar Lop Ahmad pada tahun 2008 ,Encik Mohd Latif Dirun tahun 2008 - 2013 dan EnciK Abd Rahman Omar tahun 2013 - 2017 dan terkini Encil Mohd Halim bin Ali tahun 2017.