Perahu Lepa merupakan alat pengangkutan dan
perhubungan bagi suku kaum Bajau Semporna yang paling penting pada masa dahulu.
Lepa digunakan sebagai alat perngangkutan untuk mengunjungi sanak saudara yang
tinggal berjauhan di kepulauan Semporna seperti Pulau Timbun Mata, Pulau
Mataking, Pulau Bohecuz, Pulau Denawan, Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau
Lahad Datu. Penggunaan kapal Lepa mula diperkenalkan oleh Panglima Malabih
Masama dan digunakan untuk pelayaran ke Filipina.
Dinyatakan juga bahawa selain menjadi alat
pengangkutan, Lepa juga dijadikan sebagai tempat kediaman bagi orang-orang
laut. Sehingga kini keadaan ini masih wujud di daerah Semporna, Orang-orang
laut yang dikenali sebagai “Pala'u” masih mengekalkan tradisi menjadikan perahu
sebagai tempat kediaman utama mereka.
Selain Panglima Malabih Masama, pengasas Lepa
Semporna termasuklah juga Japaludin Anak Salih Ngungsu Ayak dan datuk kepada
bekas TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai iaitu Panglima Uddang
yang pada waktu itu menetap di Tong Taalun, Pekan Semporna.
Seorang lagi yang dikenali sebagai Rajanong
telah menyatakan bahawa Lepa milik beliau yang dibuat di Kampung Kabimbangan
Pulau Bum-Bum, Semporna merupakan Lepa yang asal dan asli dan tidak pernah
diubahsuai corak dan buatannya.
TUAN HAJI MOHD MUSARI BIN EBBA
Tuan Haji Mohd Musari Bin Ibnu dilahirkan di
Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum, Semporna pada 10 Disember 1942. Beliau
merupakan anak jati suku kaum Bajau, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.
Beliau mula berkecimpung dalam bidang
pembuatan perahu lepa sejak tahun 1969 iaitu ketika berumur 27 tahun. Mula
menjalankan aktiviti pembuatan secara sambilan dan mempelajari ilmu pembuatan
perahu dari Tuan Haji Bakara yang juga merupakan sepupu beliau.
Pada mulanya bengkel pembuatan yang digunakan
untuk membuat perahu Lepa adalah amat kecil (Seperti dalam gambar). Hasil yang
dikeluarkan juga amat terhad kepada satu buah perahu untuk tempoh tiga bulan.
Pada masa kini, Haji Mohd Musari banyak
menerima tempahan perahu Lepa sekitar bulan Januari hingga April setiap tahun.
Ini disebabkan adanya sambutan Pesta Regatta
Lepa yang akan disambut di daerah Semporna pada setiap tahun iaitu pada bulan
April.
No comments:
Post a Comment