|
Pokok Kunyit |
Kunyit nama
saintifiknya “Curcuma longa / curcuma domestica” atau “kurkum” dalam bahasa Arab dan “jiang
huang / yu jin” bahasa China merupakan sejenis tumbuhan herba terkenal sebagai bahan tambahan perasa
masakan oleh masyarakat melayu . Ianya hidup subur di kawasan bertanah lembab
dan kebiasanya kunyit ditanam dikawasan sekitar rumah atau pun di ladang -
ladang pertanian. Pada masa dahulu isi kunyit digunakan sebagai bahan pewarnaan
benang kapas yang ditenun menjadi kain seperti kain mugah, dastar, baraguru dan
sambitan oleh masyarakat Irannun di daerah Kota Belud. Isi kunyi ditumbuk atau
dikisar halus akan menghasilkan warna kuning yang membentuk motif-motif
tumbuhan, binatang dan sebagainya.
|
Kunyit Hidup |
kajian
menggunakan bahan isi kunyit sebagai
pewarnaan bahan kraf seperti buluh, pandan, serdang dan rotan.
|
Isi Kunyit telah diproses |
|
Isi kunyit telah dikisar dan dijemur |
Dalam proses
ini, Isi kunyit yang telah dikisar halus akan dijemur dibawah pancaran matahari
sehingga kering selama 3 hari. Setelah isi kunyit betul-betul kering ianya akan
disimpan didalam satu balang kaca yang ditutup rapat dan digunakan dalam jangka
masa 5 hingga 6 bulan.
|
Isi kunyit kering disimpan 5 hingga 6 bulan dalam balang
kaca
|
Hasil kajian
yang telah dibuat mendapati isi kunyit yang disimpan selama 5 hingga 6 bulan
ini hanya menghasilkan 75% warna kuning berbanding dengan penghasilan 100%
semasa bahan yang masih basah ( hidup ).
Antara bahan
– bahan kraf yang boleh menghasilkan warna menggunakan pewarna ini ialah
seperti rotan, buluh, pandan, kain sutera dan benang kapas.
|
Kain Suera |
|
Benang Sutera |
Dalam kajian
ini proses mencampurkan bahan lain seperti isi kunyit, kulit tangar dan kulit
bakau yang dikeringkan boleh menghasilkan warna
mengikut bahan kraf yang digunakan. Antara tindak balas pewarnaan yang
dihasilkan sepertimana gambar dibawah.
|
Bilah Buluh |
|
Rotan |
No comments:
Post a Comment