|
Pokok Lada / Cili |
Lada ( cili ) sejenis pokok yang mempunyai
keistimewaan yang tersendiri. Walaupun mempunyai rasa buah yang pedas tetapi
ianya digemari oleh masyarakat melayu sebagai bahan tambahan perasa masakan.
Pokok lada hidup subur di kawasan bertanah lembab dan kebiasanya ditanam
dikawasan sekitar rumah atau pun diladang - ladang pertanian. Pada masa dahulu
daun lada digunakan sebagai bahan pewarnaan benang kapas yang ditenun menjadi
kain seperti kain mugah, dastar, baraguru dan sambitan oleh masyarakat Irannun
di daerah Kota Belud. Daun lada ditumbuk
halus dan direbus bersama benang sehingga menghasilkan warna hijau. Pada
asasnya benang ini digunakan untuk membentuk motif-motif tumbuhan, binatang dan
sebagainya dalam penghasilan produk tenunan tradisional.
|
Daun lada yang telah dikeringkan |
|
Daun kering diletakkan di dalam botol kedap udara
|
|
Kini beberapa kajian menggunakan bahan daun lada sebagai pewarnaan bahan kraf seperti buluh, pandan, serdang dan rotan.
Dalam kajian ini, Daun lada akan dijemur dibawah pencaran matahari sehingga kering selama 3 hari. Setelah daun lada betul-betul kering ianya akan disimpan didalam satu balang kaca yang ditutup rapat dan disimpan dalam jangka masa 5 hingga 6 bulan untuk digunakan.
Hasil kajian yang telah dibuat mendapati daun
lada yang disimpan selama 5 hingga 6 bulan ini hanya menghasilkan 55% warna
hijau berbanding dengan penghasilan 100% semasa bahan yang masih basah ( hidup
).Antara bahan – bahan kraf yang boleh menghasilkan warna menggunakan pewarna
ini ialah seperti kain sutera, benang kapas dan hanya 10% penyerapan dapat
dihasilkan terhadap bahan-bahan lain seperti buluh, rotan, serdang dan pandan.
|
Bahan Serdang |
|
Bahan Buluh |
No comments:
Post a Comment