IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN TONGKOL MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
Seekor ikan tongkol
(bersihkan, dan potong mengikut cita
-rasa anda)
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Kicap manis
2 camca sudu teh gula
serbuk perasa sesedap rasa
garam secukup rasa Sedikit asam jawa
Bahan yang ditumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit cili kering(rendamkan terlebih dahulu)
PROSES PENYEDIAAN
1).Goreng ikan terlebih dahulu. Ketepikan.
2).Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk, kemudian masukan air asam jawa.
3).Masukan kicap,gula,serbuk perasa dan sedikit garam beserta dengan ikan yang telah digoreng.
4).Panaskan seketika,dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment