IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN BAHAN
Ikan cencaru
Cili merah 2 biji
Cili api 5 biji (boleh ditambah sekiranya ingin yg pedas)
Minyak secukupnya Bawang besar 1 ulas
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Mesin cili merah, cili api, bawang besar, bersama air asam jawa. Kemudian tumiskan bahan yg telah dimesin sehingga kering. Masukkan juga garam dan ajinomoto sesedap rasa.
Setelah sambal dimasak, sumbatkan sambal ke dalam ikan dan goreng sehingga garing.
No comments:
Post a Comment