Wednesday, January 24, 2018

IKAN TONGKOL RICA RICA



BAHAN BAHAN
1 ekor ikan tongkol yang sederhana
besarnya
5 biji cili api
1 sm halia
10 biji cili merah      
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit limau kasturi
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

PROSES PENYEDIAAN
Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar memanjang, dibasuh dan toskan airnya.

Setelah itu gaulkan dengan sedikit garam dan air limau pada keseluruhan ikan. Cili merah, cili api, bawang merah dan bawang putih digiling hingga lumat setelah itu campurkan dengan sedikit minyak, garam dan serbuk perasa secukupnya serta air limau secukupnya.


Bahagikan dua bahan ini satu bahagian digaulkan dengan ikan sehingga cukup rata, kemudian pangganglah ikan sehingga setengah masak. Bila telah setengah masak tuangkan baki campuran cili pada ikan rata-rata kemudian pangganglah semula sehingga cukup masak dan kering.

IKAN TONGKOL PETAI


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan lawang
3 sudu besar tempoyak
2 papan petai
1 cawan minyak masak
Garam secukupnya   

BAHAN (A) DIKISAR:
15 biji cili padi
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sm kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN

Goreng ikan hingga setengah masak. Ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan (A).


Masukkan tempoyak, petai dan dikacau rata. Kemudian masukkan ikan, garam dan masak hingga petai lembut.

IKAN MERAH MASAK TAUCU


BAHAN BAHAN
3 keping isi ikan merah - goreng
2 keping tauhu putih - goreng dan hiris nipis memanjang
3 ulas bawang putih - didadu kecil
3 sudu besar taucu - di basuh dan dilumatkan
1 sudu besar cili giling
1 sudu kicap cair
4 keping daun salad - di potong sederhana besar
½ batang carrot - hiris serong nipis
daun bawang - potong panjang
sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN

Tumis bawang putih hingga naik bau

Masukkan cili giling, taucu, kicap cair. Biar seketika hingga cili masak.

Masukkan sedikit air dan carrot. Gaul rata hingga carrot empuk sedikit.

Masukkan daun salad, daun bawang dan tauhu. Gaul rata.

Masukkan ikan dan garam secukup rasa.


Sedia untuk dihidang

IKAN JEMUDUK MASAK MERAH


BAHAN BAHAN
700 gm ikan jemuduk (digaram dan dikunyit)
Sedikit air
5 camca besar puri tomato
20 biji cili
20 biji bawang merah       
1 biji bawang besar
½ biji tomato
Sedikit air asam jawa
3 cm belacan
1 bunga kantan
5 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN

Gorengkan ikan jemuduk separuh masak. Angkat dan sejatkan.
Tumiskan semua bahan kisar tadi sehingga ia wangi.
Masukkan air agar bahan tumis tidak terlalu kering.
Masukkan puri tomato dan ikan jemuduk. Biarkan kuah mereneh seketika sebelum diangkat.

Sedia untuk dihidangkan.

KAILAN IKAN MASIN


BAHAN BAHAN
600 gm kailan
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
Sepotong isi ikan kurau masin (ditumbuk)         
3 sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan.
Panaskan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang sehingga garing.
Masukkan cili kering dan masak sehingga garing, kemudian masukkan isi ikan kurau.
Akhir sekali masukkan sayur kailan serta dan biarkan sehingga ia masak.

Hidangkan semasa panas.

KARI IKAN KELI



BAHAN BAHAN
600 gm ikan keli
12 tangkai cili kering
10 biji lada hitam
2 sudu besar rempah biji
1 sudu kecil jintan putih
½ biji kelapa (diambil santan)
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ketul kunyit  
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
4 biji tomato (dibelah dua)
5 biji cili hidup
½ biji timun
Garam
Asam jawa
Minyak

PROSES PENYEDIAAN
Cili kering, lada hitam, jintan putih dan kunyit digiling halus. Masukkan 4 ulas bawang merah dan 8 ulas bawang putih dan digiling lagi.

Tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kari. Bila kuning, masukkan bahan yang digiling tadi.


Bila sudah hampir kering, masukkan santan dan asam jawa. Masukkan garam, bila mendidih masukkan ikan, ikan, timun, tomato dan cili hidup. Biarkan mendidih, angkat dan hidangkan.

KARI IKAN TONGKOL



BAHAN BAHAN
Ikan tongkol
Santan
Cili Kisar
Asam Jawa
Asam keping
Serbuk Kari Ikan
Halba Campur
Daun Kari
Tomato
Kacang Bendi
Lada Hijau
Minyak masak
Cuka
Garam
Perasa
Bahan-Bahan Dikisar:
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lada Hitam

PROSES PENYEDIAAN
Rebus Ikan tongkol yang telah dipotong dan dibersihkan dengan memasukkan cuka, asam keping, garam dan serbuk perasa (tanpa air). Rebus sehingga kering. Biarkan sejuk.

Bahan kisar ditumis sehingga kekuningan. Cili kisar dimasukkan dan ditumis bersama bahan2 kisar. Daun kari dan halba campur dimasukkan dan serbuk kari dicairan menggunakan pula air asam jawa dan dimasukkan ke dalam tumisan tadi sehingga menggelegak.


Garam, perasa dimasukkan. Kemudian santan dimasukan dan dikacau sehingga menggelegak. Ikan yang direbus tadi, asam keping, lada hijau yg dibelah dua dan kacang bendi dimasukkan kedalam gulai. Akhir selali masukkan tomato yg dipotong 4.

KARI KEPALA IKAN TENGGIRI



BAHAN BAHAN
1 kg kepala ikan tenggiri
1 paket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu halba campur
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato
3 biji cili muda
5 tangkai kacang bendi
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Bawang putih dan bawang merah dimayang halus. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan halba campur, daun kari dan bawang yang dimayang tadi hingga naik baunya. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga garing.

Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk perasa dan asam jawa. Apabila sudah mendidih, amsukkan kepala ikan tadi. Masak dengan api yang sederhana kuat.


Setelah itu, masukkan cili muda, buah tomato dan kacang bendi dan masak untuk seketika. Angkat dan hidangkan.

KARI KEPALA IKAN ALA NYONYA



BAHAN BAHAN
2 ekor Kapala Ikan Jenahak
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 keping asam keping
½ cawan santan pekat
7 helai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ikan (digaul dengan air celur ikan)
garam secukup rasa
serbuk perasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :-
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
5 helai daun kesum
2 sudu besar serbuk cili

PROSES PENYEDIAAN
1. Kepala ikan dicelur 4 minit terlebih dahulu bersama dengan asam keping dan sedikit halia dan secubit garam
2. Angkat ikan dan toskan air
3. Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi, jintan putih & manis, serta ketumbar dan daun kari sehingga naik bau
4. Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga kering
5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga sehingga bahan rencah garing. (gunakan air sedikit demi sedikit semasa menumis bagi memastikan rempah dan bahan tadi masak kering secukupnya)
4. Masukkan kepala ikan dan air asam jawa
5. Biarkan kering sedikit sehingga ikan mesra

6. Masukkan santan pekat dan perlahankan api, serta kacau perlahan-lahan sehingga masak dan santan menjadi pekat dalam 7 minit

KARI KEPALA IKAN JENAHAK



BAHAN BAHAN
1 ekor kepala ikan Jenahak (belah 2 & bersihkan rendam dgn. asam keping selama ½ jam)
1 peket kecil rempah kari ikan
3 sudu minyak masak
½ cawan susu cair
3 pelepah daun kari
sedikit halba campur
Air anggaran 1 ½ cawan
2 keping asam gelugor
2 biji cili merah / hijau (belah 2)
1 biji tomato biji (belah 4)
Garam & serbuk perasa jika perlu.     

BAHAN KISAR HINGGA LUMAT
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 biji buah keras / 1 sudu kecil kas-kas
2cm halia
Bahan di mayang nipis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia

PROSES PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak, goreng bahan yang dimayang sehingga kuning. Masukkan rempah halba campur serta bahan kisar, tumis sehigga agak garing. Masukkan rempah kari & daun kari kacau sekejap dan tambahkan sedikit air serta kacau sehingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan asam gelugor, air & susu cair, tutup dan biarkan mendidih, masukkan kepala ikan tadi, kecilkan api reneh seketika masukkan garam, serbuk perasa,buah tomato,cili dan juga kacang bendir jika suka, tutup sekejap dan kecilkan api.
3. Rasa garam dan angkat, sedia utk di hidang.menumis bagi memastikan rempah dan bahan tadi masak kering secukupnya)
4. Masukkan kepala ikan dan air asam jawa
5. Biarkan kering sedikit sehingga ikan mesra

6. Masukkan santan pekat dan perlahankan api, serta kacau perlahan-lahan sehingga masak dan santan menjadi pekat dalam 7 m

KARI KEPALA IKAN MERAH


BAHAN BAHAN
1 kilo kepala ikan merah (dibelah dua)
250 gm serbuk kari babas
250 gm cili merah (dikisar)
8 biji kacang bendi
2 biji tomato (dibelah dua)
1 mangkuk air asam jawa
10 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih diris
3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor
1 sudu teh kas-kas
1 paket kecil halba campur
sedikit garam


PROSES PENYEDIAAN
1.bersihkan kepala ikan dan ketepikan.
2.bancuhkan serbuk kari dengan sedikit
air (sederhana pekat)
3.panaskan minyak untuk menumis
4.tumiskan halba campur,bawang merah, bawang putih, kas-kas dan daun kari sehingga wangi.
5.masukkan rempah kari dan cili yang telah dikisar. tumis hingga pecah minyak.
6.masukkan air asam jawa beserta dengan kepala ikan dan asam gelugor.
7.tambahkan sedikit air hingga kuah kari tadi sederhana pekat. biarkan hingga mendidih menggunakan api yang sederhana besar.



8.masukkan tomato dan kacang bendi beserta dengan sedikit garam. biarkan selama 2 minit dan padamkan api.

KARI KEPALA IKAN


BAHAN BAHAN
1 kilo kepala ikan merah (dibelah dua)
250 gm serbuk kari babas
250 gm cili merah (dikisar)
8 biji kacang bendi
2 biji tomato (dibelah dua)
1 mangkuk air asam jawa
10 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih diris
3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor
1 sudu teh kas-kas
1 paket kecil halba campur
sedikit garam


PROSES PENYEDIAAN
1.bersihkan kepala ikan dan ketepikan.
2.bancuhkan serbuk kari dengan sedikit
air (sederhana pekat)
3.panaskan minyak untuk menumis
4.tumiskan halba campur,bawang merah, bawang putih, kas-kas dan daun kari sehingga wangi.
5.masukkan rempah kari dan cili yang telah dikisar. tumis hingga pecah minyak.
6.masukkan air asam jawa beserta dengan kepala ikan dan asam gelugor.
7.tambahkan sedikit air hingga kuah kari tadi sederhana pekat. biarkan hingga mendidih menggunakan api yang sederhana besar.



8.masukkan tomato dan kacang bendi beserta dengan sedikit garam. biarkan selama 2 minit dan padamkan api.

KARI SARDIN



BAHAN BAHAN
1 tin sardin (besar atau kecil)
3 biji ubi kentang
semangkuk air asam jawa
garam
1 ketul kiub ikan bilis

BAHAN TUMIS 

3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
5-6 tangkai cili kering (kalau nak pedas lagi boelh letak lebih)
2 bungkus rempah kari ikan

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan yg dihiris halus tadi bersama-sama daun kari dan halba campur.Tumis hingga garing dan naik bau.

Setelah garing, masukkan bahan yg telah dikisar tadi, masak hingga semua bahan tadi garing.


Setelah rempah dan bahan kisar tadi garing, kemudian masukkan air dan ubi kentang dan rebus hingga ubi empuk.Setelah ubi kentang empuk, masukkan ikan sardin, garam, kiub ikan bilis dan air asam jawa.Didihkan selam 2 minit kemudian tutup api..

KENTANG KICAP IKAN BILIS


BAHAN BAHAN
ikan bilis 2 200 gram
ubi kentang biji (yang dihiris nipis)
bawang putih
bawang besar 1 biji
lada benggala 2 biji
garam secukup rasa
kicap hitam secukupnya    digoreng
hirisan nipis juga digoreng (bulat)
dicincang halus
dipotong dadu
dipotong dadu


PROSES PENYEDIAAN
tumis bawang putih dan bawang putih bawang besar bersama dengan lada bengala yang dipotong dadu
masukan kentang yang digoreng dan ikan bilis dan masukan garam secukup rasa berserta dengan kicap hitam

gaul sebati,angkat dan sedia untuk dihidang

KERABU IKAN


BAHAN BAHAN

600 gm ikan kembung
1 biji kelapa parut
5 ulas bawang merah (digiling)
5 biji cili merah (digiling)
3.75 gram udang kering (digiling)
1.2 cm belacan (digiling)
Sedikit garam
Air asam

PROSES PENYEDIAAN

1. Ikan dipanggang dan diambil isinya. Kelapa diambil 2 cawan dan dibuat kerisik
2. Gaulkan bahan giling dengan isi ikan serta kelapa parut
3. Campurkan kerisik, air asam dan garam dan gaulkan rata-rata

KERAPU MASAM MANIS


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan kerapu sederhana saiz
1 in halia
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar
1 sudu sos tiram
1 sudu sos plum
1 sudu sos tomato
Beberapa hiris nenas
Sedikit garam
Sedikit perasa

PROSES PENYEDIAAN
Perapkan ikan bersama dengan halia, bawang putih dan garam. Biarkan seketika. kemudian goreng sehingga garing. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi.

masukkan sos tomato, sos tiram, sos plum dan sedikit air. masukkan buah tomato dan nenas biarkan seketika.


masukkan kembali ikan ke dalam kuali supaya isi ikan mesra bersama dengan kuah yang dibuat tadi.

KERAPU SWEET & SOUR

 
BAHAN BAHAN
1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
Garam secukup rasa  
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
½ batang lobak merah dipotong kiub
½ batang timun dibuang biji & potong kiub
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
1 potong nenas dipotong kiub
½ cawan air

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.

Angkat dan tuangkan ke atas ikan.