Showing posts with label USAHAWAN KRAF SABAH. Show all posts
Showing posts with label USAHAWAN KRAF SABAH. Show all posts

Sunday, October 22, 2017

PEMBUATAN GONG KG SUMANGKAP KUDAT SABAH

PEMBUATAN GONG KG SUMANGKAP KUDAT SABAH

PEMBUATAN GONG KG SUMANGKAP KUDAT SABAH
INDUSTRI DESA DI BAWAH PROJEK SATU DAERAH SATU INDUSTRI KRAF (SDSI)



Kg sumangkap Kudat merupakan desa yang terletak di Daerah Kecil Matunggong, Kudat Sabah iaitu kira kira  160km dari Kota Kinabalu Sabah dan 35km dari Bandar Kudat, Sabah.

Majoriti penduduk adalah dari Suku Kaum Rungus dan menjalankan sumber ekonomi menghasilkan produk kraf berasaskan gong, bertani dan lain lain pekerjaan.

Kampung Sumangkap amat terkenal bagi penggemar produk kraf berasaskan Gong, kerana di kampung ini terdapat seramai kira kira 35 orang pengusaha kraf aktif menghasilkan produk gong secara sepenuh masa dan menjadikan industri ini sebagai sumber pendapatan utama.


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagai peneraju kraf Malaysia telah membantu usahawan di Kampung ini dari segi bantuan peralatan, bahan dan promosi. Manakalah agensi negeri di bawah Kementerian Luar Bandar (KPLB) pula menyediakan prasarana bengkel pengusaha. Selain dua agensi ini terdapat juga bantuan daripada agensi lain seperti Sabah Tourism Board, Pejabat Daerah Kecil Matunggong dan lain lain agensi dan pihak swasta.



Agensi Pelancongan turut merancakkan aktiviti penghasilan kraf di Kampung Sumangkap apabila bas bas pelancong hamper setiap hari datang melawat Kampung ini. Boleh dikatakan Kampung Sumangkap telah menjadi salah satu nadi penggerak aktiviti Pelancongan di Daerah Kudat selain adanya Simpang Mengayau dan lain lain aktiviti pelancongan di Daerah ini.




Terdapat Gong terbesar di Kampung ini yang telah dibina oleh Mendiang Raimond angkap pada tahun 2007. Berukuran kira kira 18 kaki, dibina menggunakan kepingan zink sebanyak 50 unit. Bersesuaian dengan sambutan hari Kemerdekaan yang ke 50 pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun Gong ini belum diiktiraf oleh Malaysian dan World Book Of Record sebagai Gog terbesar di Malaysia dan Dunia.


Pemimpin pemimpin negara turut melawat Kg Sumangkap dia nataranya ialah Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datu Seri Mohammed Nazri Aziz dan lain lain lagi.



Lawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

PERSONALITI KRAF - PUAN EMILY JENEBLE


 



USAHAWAN ANYAMAN HALUS PRODUK BULOH DI BAWA KRAF KAMPUNGKU.

Personaliti Kraf  ini berasal dari Kg Batu Lunguyaan Sook Keningau, iaitu sebuah kampung yang terletaknya sejarah batu sungai yang dinamakan sebagai batu Lunguyan dan sempena nama batu ini la nama Kampung Batu lunguyan kekal hingga sekarang.


Puan Emily Jeneble Ibu kepada 5 Orang anak ini merupakan salah seorang usahawan kraf anyaman Buluh yang aktif di Kampung ini dan merupakan salah seorang penggerak industri kraf Anyaman Buluh di kampung ini, daerah Keningau, negeri Sabah malah di Malaysia. Berketuruna suku Kaum Dusun.

Terlibat aktif sepenuhnya dalam penghasilan produk berasaskan anyaman Buluh dan pernah menyertai program promosi Kraf samada di peringkat dalam negeri hinggalah ke luar negara. Belia juga salah seorang merupakan penggerak kepada perkembangan produk anyaman buluh sehingga dikenali seluruh dunia. Syabas Ibu Muda…

Pada bulan Mac 2017, Kampung Batu Lunguyan telah diiktiraf sebagai pusat pengeluaran produk anyaman Buluh di bawah Kraf Kampungku anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Salah seorang usahawan penggerak program ini ialah Puan Emily yang mana beliau merupakan salah seorang wakil peserta yang terlibat dari mula perancangan, mesyuarat dan sehingga program ini Berjaya di lancarkan.

 
Sehingga kini beliau masih aktif dan sekiranya berminat untuk berjumpa dengan beliau dan menempah produk anyaman buluh Kraf Kampungku KKK Kampung Batu Lunguyan, boleh terus ke kampong tersebut atau menghubungi saya melalui komen di bawah.


Semoga adanya usahawan seperti beliau, industry kraf Malaysia akan terus berkembang. Syabas dan Tahniah


Antara produk Kraf Kampungku yang Dihasilkan oleh Puan Emily dan rakan rakan...

 
Produk Hari Kraf Kebangsaan 20017

PERSONALITI KRAF USAHAWAN LEPA MINITURE SEMPORNA SABAH

PERSONALITI KRAF TUAN HAJI ALPAKA BIN HAMAAH, USAHAWAN KRAF MINITURE LEPA LEPA SEMPORNA SABAH


Haji Alpaka Hamaah dilahirkan pada 27 Disember 1950 di Kg. Sisipan, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Beliau merupakan Usahawan Tunjang bagi Projek SDSI Ukiran Halus Lepa-Lepa (Miniature) Kg. Look Sisarah, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.

Merupakan orang yang paling banyak pengalaman dalam bidang Ukiran Halus Lepa di Kampung Look Sisarah dan merupakan Tokoh yang sering dijemput untuk mengajar dan membuat demontrasi oleh agensi kerajaan ataupun swasta dalam negeri dan Semenanjung Malaysia.

Mula mempelajari teknik ukiran halus sejak berumur 20 Tahun daripada Bapa Mentuanya iaitu Encik Haji Maazul Maburani atau turut dikenali sebagai Haji Darwis yang juga merupakan pengukir produk Lepa-Lepa Miniature sehingga kini. Haji Alpaka Hamaah telah mendaftar lesen perniagaannya atas nama Perusahan Kraftangan pada tahun 2005 iaitu apabila beliau dilantik sebagai Usahawan Tunjang projek SDSI ukiran Halus Lepa-Lepa oleh Kraftangan Malaysia.

Penglibatannya dalam bidang pembuatan kraf berasaskan produk miniture Lepa-lepa ini telah menjadikannya pernah ditemuramah oleh beberapa stesen TV dan pernah memasuki beberapa ruangan akhbat penting negara seperti Berita Harian dan akhbar dalam Negeri Sabah.

Tuan Hj. Alpaka Hamaah sering mengikuti aktivit promosi dan pemasaran yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan agensi Pelancongan negeri Sabah seperti Sabah Tourism Board, Kementerian Luar Bandar Sabah,Lembaga Pelancungan Malaysia Sabah, agensi kerajaan negeri yang lain dan juga peringkat daerah Semporna.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, Tuan Haji Alpaka Hamaah sering terlibat dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap program promosi yang dijalankan oleh PKKM. Diantara acara promosi yang disertai sehingga kini :

Peringkat Nasional
  • Ekspo Kraf Kebangsaan Tahun 2005 – Tahun 2007
  • Karnival SDSI Tahun 2008
  • Promosi Kraf Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah Tahun 2006-Tahun 2007.
  • Pesta Kaamatan peringkat Nasional – Setiap Tahun

Peringkat Negeri/Tempatan

1.             Pesta Regatta Lepa, Semporna Sabah
2.             Karnival SDSI peringkat negeri Sabah – Tahun 2007
3.             Pelbagai aktiviti Promosi seluruh negeri Sabah.

Selain itu Tuan Haji Alpaka Hamaah juga sering dijemput sebagai juru demo ukiran Halus Lepa-Lepa di seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan oleh Sabah Tourism Board.


Perbadanan Kemajuan telah memberikan anugerah Tokoh Ulung pada Haji Alpaka Hamaah pada tahun 2016 iaitu salah satu anugerah dan penghargaan pada penggiat seni kraf di Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam industri ini.



Lawatan ke Thailand bersama Kraftangan Malaysia tahun 2003 OTOP .