ADIGURU HAJI AB. MANAN BIN HAJI YAKUB
Haji
Ab. Manan bin Haji Yakub atau lebih dikenali sebagai Pok Teh adalah anak jati
Kampung Sireh Kota Bharu, Kelantan yang merupakan kawasan utama pertukangan
perak sejak dahulu lagi. Beliau yang dilahirkan pada 10 Jun 1944, mula
didedahkan dengan kerja-kerja pertukangan perak ketika berusia seawal 7 tahun.
Bermula seawal usia 14 tahun, beliau mula serius mendalami kemahiran
pertukangan perak daripada bapanya.
Menjelang
awal tahun 1980-an, beliau giat mengusahakan seni pertukangan perak melalui
beberapa agensi dan pertubuhan seperti Kelantan Malay Arts, Koperasi Kampung
Morak, Kraftangan Malaysia dan muzium-muzium. Selain aktif mengusahakan
perusahaannya, beliau juga turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar
Kota Bharu, Kelantan.
Kemahiran
beliau menghasilkan barangan perak kasar dan perhiasan diri melalui pelbagai
teknik seperti tuangan menggunakan tulang sotong, pintalan dawai perak
(filigree), pahat dan pelbagai teknik lain melayakkan beliau dilantik sebagai
Tukang Kraf Istana Kelantan. Antara koleksi barangan perak karya milik Istana
Kelantan yang telah dihasilkan ialah Payung Adat Istiadat, Kepala Logo
Kenderaan Istana dan Cokmar Diraja selain tempahan membuat cokmar dari Institut
Pengajian Tinggi dan Dewan Undangan Negeri.
Dari
segi pemasaran, syarikat beliau iaitu Syarikat KB Permai aktif menyertai
program-program promosi jualan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
pada saban tahun seperti Hari Kraf Kebangsaan, Promosi Kraf Langkawi, Promosi
Kerja Kahwin, Promosi Kraf Malaysia dan banyak lagi. Paling membanggakan, hasil
karya barangan beliau telah dipilih untuk dipasarkan di gedung membeli belah
ternama Harrods, London. Penglibatan beliau dalam industri kraf turut mendapat
liputan media yang meluas melalui media cetak dan elekronik.
Pada tahun 2008, beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Perak oleh Kraftangan Malaysia selain Anugerah Industri Pelancongan Negeri Kelantan mengikut kategori produk kraf tempatan oleh kerajaan negeri. Selain itu, beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Seni Kraf Bidang Perak dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2007. Beliau yang telah dijemput Illahi pada 1 Januari 2011 telah dianugerahkan Tokoh Kraf Negara pada tahun yang sama.
Tahap Penghasilan Karya / Reka Cipta
Encik Abdul Manan sering mengguna dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora untuk disesuaikan dengan bentuk produk kraf mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.
Eksklusif
Karya
atau reka cipta yang dihasilkan beliau sering dijadikan hiasan dan cenderamata
oleh pihak Istana Kelantan seperti Payung Adat Istiadat, Kepala Logo Kenderaan
Istana dan Cokmar.
Beliau
sering mendapat tempahan membuat cokmar dari Dewan Undangan Negeri, Institusi
Pengajian Tinggi, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Pahang.
Hasil
kerja tangan beliau telah mendapat perhatian dari Kerajaan Malaysia apabila
menerima tempahan produk perak untuk cenderamata kepada bekas Setiausaha Agung
PBB (Koffi Annan) pada tahun 2005.
Berikut Merupakan Produk-Produk Yang
Telah Dihasilkan Oleh Beliau :
- Cokmar Dewan Undangan Negeri Terengganu – 1980
- Bekas Renjisan Air Mawar Istana Negara – 1990
- Piala Perdana Sukma – Majlis Sukan Negara – 1990
- Cenderamata Undangan Rasmi SUKOM 98 Berhad - 1998
- Piala Olahragawan Negeri Pahang – Majlis Sukan Negeri Pahang – 1999
- Cokmar Universiti Tun Abdul Razak – 2000
- Cokmar Universiti Putera Malaysia – 2000
- Keris Istiadat Cokmar Universiti Industri Selangor (Unisel) – 2001
- Piala Anugerah Olahragawan / Olahragawati Kebangsaan –Majlis Sukan Negara (MSN) 2002
- Cokmar Institut Iktisad Kemajuan Pahang (IKIP) -2005
- Cokmar Universiti Teknikal Malaysia - 2007
- Gong Bertanduk Tempahan Sultan Muhammad Ke V (Istanan Kelantan) -2010
- Cokmar Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya – 2010
Pasaran Khusus (Niche market)
Sesuai dengan strategi perniagaan KB Permai, Encik Abdul Manan telah menghasilkan produk mengikut segmen pasaran yang ingin diterokai samada di peringkat biasa, pertengahan atau tinggi (eksklusif). Susun atur bilik pameran dan jualan produk KB Permai disusun mengikut segmen pasaran khusus untuk pelbagai variasi pelanggan yang datang.
Pada
tahun 2008, karya seni beliau telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk
dipasarkan di Gedung Membeli Belah Harrods, London.
Karya / Reka Cipta Yang Menjadi Ikutan
(Menjadi Trend-Setter)
Reka corak yang digubah oleh Encik Abdul Manan menggabungkan pelbagai motif tradisional dan geometri kontemporari khususnya tempahan Cokmar-Cokmar Universiti yang diterima pakai oleh banyak institusi pengajian. Antaranya ialah teknik pahat wares bermotif Pucuk Rebung, Sulur Kacang, Daun Jawa dan Tapak Lembing serta Islamic Geometric di atas permukaan produk perak
Inovasi Dalam Menghasilkan Karya Atau Reka
Cipta
Encik
Abdul Manan turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni Pertukangan
Perak. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan alatan ini dapat
menpercepatkan proses pertukangan, namun kualiti dan keindahan kraf perak masih
terus dikekalkan. Di samping itu kos pengeluaran juga dapat dikurangkan dan ia
memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memiliki barangan kraf
perak. Berikut merupakan peralatan yang beliau gunakan iaitu :
- Plate Rolling Machines
- Mesin Dawai Magnetic Thumbler Polishing Machines
- Stamping Machines
- Flexible Shaft
Pengiktirafan ke atas kepakaran tokoh
Beliau
telah dilantik sebagai Tukang Perak Istana Kelantan. Kebanyakan barang yang
dihasilkan oleh beliau sering digunakan oleh pihak Istana Kelantan sebagai
cenderamata untuk kenalan dan tetamu Kerabat Diraja Kelantan.
Pada tahun 2008, Encik Abdul Manan telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Perak dari Kraftangan Malaysia.
Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
tokoh
- Hasil karya Encik Abdul Manan berjaya menembusi pasaran sehingga ke dalam Istana Negara sebagai salah satu perkakasan dalam adat istiadat istana.
- Pengiktirafan Istana Negara tersebut setaraf dengan perlantikan beliau sebagai tukang perak Istana Negeri Kelantan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.
- Karya beliau juga sering digunakan untuk anugerah-anugerah tertinggi sukan negara seperti Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dan Piala Perdana Sukma.
- Kerajaan Malaysia turut mengiktiraf karya Encik Abdul Manan dengan menjadikan Produk Kraf Perak sebagai cenderamata kepada Bekas Setiausaha Agung PBB (Koffi Annan)
Antara lain-lain penganugerahan dan
pengiktirafan yang diterima oleh beliau ialah :
- Pada Tahun 1970’an beliau pernah menyertai pameran dan memenangi tempat ke dua kraf perak yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia
- Pada tahun 1993 beliau telah dilantik sebagai Tukang Kraf Istana Kelantan oleh pihak Istana Kelantan
- Beliau menerima Anugerah Usahawan Seni Kraf dalam bidang perak dari Kerajaan Malaysia pada tahun 2007
- Pada Tahun 2008 beliau telah menerima Anugerah Industri Pelancongan Negeri Kelantan kategori produk kraf
- Beliau juga dilantik sebagai Adiguru Kraf Perak dari Kraftangan Malaysia pada tahun 2009
Pencapaian kerjaya tokoh
Bermula
pada awal tahun 1960-an, Encik Abdul Manan telah mengembangkan perniagaannya
dengan menjadikan KB Permai sebagai jenama kraf perak yang ternama di peringkat
tempatan dan juga nasional.
Beliau
juga mempunyai 11 orang pekerja yang berkemahiran tinggi
Beliau
juga pernah mempunyai kedai jualan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Dokumentasi
Kegiatan
beliau turut mendapat liputan daripada media masa tempatan:
- RTM (Radio dan Televisyen)
- Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3)
- Berita Harian
- Utusan Malaysia
Menurunkan kemahiran
Encik
Abdul Manan tidak pernah mengenal erti jemu untuk menurunkan kemahiran
pertukangan kraf perak kepada golongan muda yang berminat untuk mempelajari
kemahiran ini .
Sesiapa
sahaja yang berminat mendekati Encik Abdul Manan terutama pekerja-pekerja
syarikat KB Permai akan sedikit sebanyak menimba ilmu pertukangan dan menjadi
harapan beliau agar kemahiran ini akan diwarisi oleh seseorang. Buktinya,
beliau mempunyai 11 orang pekerja tetap yang berkemahiran.
Beliau
juga mempunyai dua orang anak iaitu Puan Harnaini binti Abdul Manan dan Encik
Hasnan bin Abdul Manan yang turut menjejaki langkah beliau dengan mempunyai
kedai dan bengkel pertukangan emas dan perak di Pasir Puteh dan Kota Bharu,
Kelantan.
Anak-anak
saudara beliau juga turut bekerja sebagai kakitangan KB Permai dan sedikit
sebanyak mewarisi ilmu kraf pertukangan perak.
Beliau
juga menerima bekas-bekas pelatih Latihan Jangka Pendek yang dijalankan di
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan untuk menimba lebih ilmu pertukangan kraf
perak.
Penglibatan
dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
Beliau
turut membantu mempromosikan barangan kraf perak dengan menyertai beberapa siri
pameran dan demonstrasi di dalam dan luar negara termasuklah yang dianjurkan
oleh Kraftangan Malaysia.
Pada
tahun 1970’an beliau pernah menyertai Pameran Kraf Perak anjuran Muzium Negara.
Selain itu, beliau sering menerima jemputan jualan dalam program promosi
sepanjang tahun anjuran Kraftangan Malaysia terutama Hari Kraf Kebangsaan.
Menjadi Pakar Rujuk
Pejabat
Istana Negeri Kelantan menjadikan Encik Abdul Manan sebagai pakar rujuk untuk
penghasilan dan tempahan produk-produk perak di Istana Kelantan. Beliau
merupakan Tukang Perak Khas Istana Negeri Kelantan yang dilantik oleh Pejabat
Sultan Kelantan untuk menghasilkan produk-produk kraf perak tempahan khusus
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.
Kraftangan
Malaysia Cawangan Kelantan juga pernah menggunakan khidmat beliau sebagai pakar
rujuk dan panel penilai bagi produk perak yang dihasilkan oleh peserta Latihan
Jangka Pendek Pahatan Perak yang dijalankan pada tahun 2009.
Menambah ilmu dan mempertingkatkan
kemahiran
Encik
Abdul Manan sentiasa berusaha menambah ilmu bagi meningkatkan kemahiran dalam
menghasilkan karya atau reka ciptanya.
Dari
segi pengunaan teknologi mesin dalam pembuatan kraf perak, beliau tidak segan
silu untuk belajar daripada mereka yang lebih muda daripadanya untuk
mempraktikkan kaedah pengeluaran yang mudah dan kos efisien daripada Pusat
Kemudahan Gunasama Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan di Batu 2, Bunut
Payung pada tahun 1980-an.
Beliau
juga pernah menghadiri Bengkel Photo Etching, Spinning dan Casting yang
dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 1980an.
Nilai falsafah dan identiti dalam
memartabatkan kraf warisan
Faktor
pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pertukangan kraf tradisional ini
ialah:
Mempertahankan
seni tradisional pertukangan kraf perak supaya terus berkembang dan dikenali
ramai
Memartabatkan
seni kemahiran masyarakat melayu
No comments:
Post a Comment