Sunday, October 22, 2017

PERSONALITI KRAF USAHAWAN LEPA MINITURE SEMPORNA SABAH

PERSONALITI KRAF TUAN HAJI ALPAKA BIN HAMAAH, USAHAWAN KRAF MINITURE LEPA LEPA SEMPORNA SABAH


Haji Alpaka Hamaah dilahirkan pada 27 Disember 1950 di Kg. Sisipan, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Beliau merupakan Usahawan Tunjang bagi Projek SDSI Ukiran Halus Lepa-Lepa (Miniature) Kg. Look Sisarah, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.

Merupakan orang yang paling banyak pengalaman dalam bidang Ukiran Halus Lepa di Kampung Look Sisarah dan merupakan Tokoh yang sering dijemput untuk mengajar dan membuat demontrasi oleh agensi kerajaan ataupun swasta dalam negeri dan Semenanjung Malaysia.

Mula mempelajari teknik ukiran halus sejak berumur 20 Tahun daripada Bapa Mentuanya iaitu Encik Haji Maazul Maburani atau turut dikenali sebagai Haji Darwis yang juga merupakan pengukir produk Lepa-Lepa Miniature sehingga kini. Haji Alpaka Hamaah telah mendaftar lesen perniagaannya atas nama Perusahan Kraftangan pada tahun 2005 iaitu apabila beliau dilantik sebagai Usahawan Tunjang projek SDSI ukiran Halus Lepa-Lepa oleh Kraftangan Malaysia.

Penglibatannya dalam bidang pembuatan kraf berasaskan produk miniture Lepa-lepa ini telah menjadikannya pernah ditemuramah oleh beberapa stesen TV dan pernah memasuki beberapa ruangan akhbat penting negara seperti Berita Harian dan akhbar dalam Negeri Sabah.

Tuan Hj. Alpaka Hamaah sering mengikuti aktivit promosi dan pemasaran yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan agensi Pelancongan negeri Sabah seperti Sabah Tourism Board, Kementerian Luar Bandar Sabah,Lembaga Pelancungan Malaysia Sabah, agensi kerajaan negeri yang lain dan juga peringkat daerah Semporna.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, Tuan Haji Alpaka Hamaah sering terlibat dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap program promosi yang dijalankan oleh PKKM. Diantara acara promosi yang disertai sehingga kini :

Peringkat Nasional
  • Ekspo Kraf Kebangsaan Tahun 2005 – Tahun 2007
  • Karnival SDSI Tahun 2008
  • Promosi Kraf Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah Tahun 2006-Tahun 2007.
  • Pesta Kaamatan peringkat Nasional – Setiap Tahun

Peringkat Negeri/Tempatan

1.             Pesta Regatta Lepa, Semporna Sabah
2.             Karnival SDSI peringkat negeri Sabah – Tahun 2007
3.             Pelbagai aktiviti Promosi seluruh negeri Sabah.

Selain itu Tuan Haji Alpaka Hamaah juga sering dijemput sebagai juru demo ukiran Halus Lepa-Lepa di seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan oleh Sabah Tourism Board.


Perbadanan Kemajuan telah memberikan anugerah Tokoh Ulung pada Haji Alpaka Hamaah pada tahun 2016 iaitu salah satu anugerah dan penghargaan pada penggiat seni kraf di Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam industri ini.



Lawatan ke Thailand bersama Kraftangan Malaysia tahun 2003 OTOP .




No comments:

Post a Comment