Sunday, October 22, 2017

INFO KRAF - GASING TANJUNG

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .

Gasing tanjung

Gasing tanjung merupakan gasing yang sering di mainkan di Muar, Johor. Ia dimainkan dengan setiap pemain bergilir-gilir menjadi pengacau dan pemangkah. Di negeri Selangor gasing ini dinamakan gasing labu lemak.


Gasing tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau. Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

No comments:

Post a Comment