Sunday, October 22, 2017

KAJIAN BAHAN DAUN NIPAH UNTUK PRODUK KRAF SABAH

Pokok Nipah

P
okok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur dikawasan paya air masin. Ianya lebih dikenali oleh mesyarakat nelayan yang tinggal di muara-muara sungai dan di tepi pantai kerana daunnya digunakan sebagai atap dan dinding rumah disamping pucuk yang diproses untuk dijadikan sebagai rokok yang dikenali sebagai Kirai, manakala buahnya yang muda pula enak dimakan atau diproses menjadi gula yang dikenali sebagai gula nipah dan juga air mayang muda.

( sebelum keluarnya buah ) boleh dijadikan sebagai  minuman tradisi yang juga dipanggil tuak nipah. Namun usaha Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Sabah untuk menambah sumber ekonomi keluarga nelayan disamping mencari bahan baru menjadikan daun Nipah sebagai bahan utama pembuatan produk kraftangan yang berpotensi untuk dimajuakan oleh pengusaha-pengusaha dan pengemar kraf.


Proses membilah daun Nipah

Proses membilah daun Nipah ( daun muda ) memerlukan susana  kerja yang sabar serta kerjatangan yang halus kerana daun muda yang dibilah mudah terkoyak dengan benda –benda yang tajam seperi pisau yang digunakan. Oleh itu proses pembilahan hendaklah dibuat oleh mereka yang mahir dan perlu berhati-hati demi mengelakan banyak bahan yang terbuang. Bagi tujuan pemilihan daun yang sesuai dijadikan produk, Ianya dipilih daripada pucuk nipah yang belum terlerai yang panjangnya kira-kira 3-6 meter. Pada mulanya pucuk nipah di tebang dan daun muda diceraikan dengan pelepah. Proses seterusnya ialah mengasingkan daun muda tersbut daripada lidi yang terletak ditengah-tengah daun dan lidi kecil yang terletak ditepi daun kemudian barulah proses membilah daun mengikut saiz yang diperlukan.



ANTARA PERALATAN YANG DIGUNAKAN


PROSES PENGERINGAN DAUN NIPAH

Bagi tujuan pengeringan  daun Nipah, ianya memerlukan suhu yang sederhana iaitu tidak terlalu kering jika hendak membuat sesuatu produk kraftangan. Ini adalah kerana bahan yang terlalu kering mudah putus semasa melurut berbanding bahan-bahan yang lain seperti pandan dan mengkuang.

Berikut adalah kejian pengeringan yang telah dilakukan dimana bahan dijemur pada suhu bilik dan dibawah cahaya matahari.


     PROSES PEWARNAAN DAUN NIPAH

Penyediaan Warna

Dalam proses pewarnaan daun Nipah juga boleh menyerap warna dengan mudah seperti Pandan, Serdang, Buluh dan  bahan-bahan yang lain. Semasa proses pewarnaan dibuat kita perlulah menyediakan warna-warna yang dikehandaki dengan sukatan yang betul. Beberapa jenis warna yang boleh digunakan dalam proses ini termasuklah jenis Semasa Besic, Jenis NCL, Daylon dan warna-warna tradisional seperti isi Kunyit dan Tambu Kuning.



Bagi tujuan proses pewarnaan keadah yang selalu digunakan ialah dengan memanaskan air sehingga mendidih kemudian masukan warna yang telah dibancuh sepertimana yang dikehandaki. Seterusnya masukan bahan  dan kacau bahan tersebut sehingga penyerapan warna sekata kemudian masukan Deko Oil bagi tujuan menggalakan penyerapan warna serta mencuci serabut bahan  dan cuka bagi tujuan mematikan warna  agar tidak luntur.

Bilah Nipah yang diwarnakan

Hasil daripada kajian pewarnaan didapati daun Nipah  mudah menyerap warna-waran yang dibuat sepertimana contoh dibawah.


No comments:

Post a Comment