Dilahirkan
pada 02 Mac 1969 di Kampung Siasai Jaya Kota Belud dalam keluarga seni
pertukangan berasaskan besi iaitu pembuatan senjata Parang Bajau Samah Kota
Belud.
Mendapat
kepakaran dan kemahiran pertukangan daripada ayahnya iaitu Hj Soh Bin Juh yang
telah menjadikan kerja pertukangan pembuatan Senjata sebagai sumber pendapatan
utama sejak dahulu lagi.
Pada awal
penglibatan dalam penghasilan senjata, produk yang dihasilkan di jual pada
orang perseorangan dan menjual secara terus di tamu minggu Kota Belud.
Mula bergiat
aktif dengan Perbadanan Kraftangan pada tahun 2003 dan telah mengikuti banyak
program promosi yang diadakan samaada diperingkat negeri ataupun peringkat
nasional. Penyertaan pertama pada program promosi adalah pada Hari Kraf pertama
iaitu pada tahun 2003 di Kompleks Kala Lumpur.
Pada tahun
2004, projek pembuatan Parang Bajau Samah Kampung Siasai Jaya Kota Belud telah
di daftarkan di bawah projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang pada masa
tersebut dikenali projek satu Kampung Satu Produk (SKSP). En Jamawid soh telah
dilantik sebagai usahawan tunjang bagi projek ini dan telah memainkan peranan
yang penting sehingga sekarang.
KETOKOHAN
DAN PERSONALITI KEUSAHAWANAN
Disiplin
perakuanan
Berdaftar
dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Sabah sebagai
Usahawan Tunjang SDSI Sejak Tahun 2004.
En. Jamawid
mempunyai penguasaan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang mendalam bagi menghasilkan produk Parang Bajau yang
berpusat di Kg. Siasai Jaya, Kota Belud,
dan dikategorikan sebagai usahawan mahir dalam bidang ini.
Berkecimpung
dalam bidang Ukiran Hulu Parang dan mata Parang Bajau sejak berumur 18 tahun
dan hingga sekarang.
Disiplin
pemasaran
En. Jamawid
Soh sering mengikuti aktivit promosi dan
pemasaran yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan agensi Pelancongan
negeri Sabah seperti Sabah Tourism Board, Kementerian Luar Bandar Sabah,Lembaga
Pelancungan Malaysia Sabah dan agensi kerajaan negeri.
Seorang yang
aktif dan semua program promosi yang dianjurkan oleh PKKM dan agensi negeri
disertai sejak tahun 2003 lagi.
Disiplin
pengeluaran
Mempunyai
jalinan pengeluaran dengan semua pengusaha ukiran Parang di Kota Belud. Seorang
Tokoh dihormati dalam pengeluaran produk.
Menepati
jadual tempahan dan dapat menghasilkan produk yang berkualiti.
Disiplin
pengurusan
Pengurusan
Perniagaan yang baik dan sistematik. Ada buku akaun perniagaan, buku panjar
wang keluar masuk dan mempunyai rekod perniagaan yang amat baik setiap tahun.
KETOKOHAN
KEPIMPINAN DALAM INDUSTRI YANG DICEBURI
Perwakilan
dalam organisasi
Menjadi wakil
pengusaha Parang Bajau Sama dalam mana-mana persidangan atau mesyuarat
berkaitan pembanguan produk Parang Bajau Sama.
Pengiktirafan/
Penganugeraan
Menjadi
Usahawan Tunjang bagi Projek SDSI Ukiran Parang Bajau Kg. Siasai Jaya, Kota
Belud, Sabah dan tokoh/tenaga pengajar produk Parang Bajau.
Aspek
Pemasaran
Dari aspek
pemasaran, Parang Bajau sering mendapat
tempahan yang berterusan. Di peringkat nasional, jualan dan aktiviti
pemasaran dilakukan di Pasar Tamu Kota Belud yang diadakan pada setiap hari
Rabu dan Ahad. Beliau juga sering terlibat dalam aktiviti dan jualan promosi di
peringkat antarabangsa.
Merupakan
usahawan contoh PKKM Sabah kerana beliau merupakan satu -satunya pengusaha kraf
yang tidak pernah menolak program yang dianjurkan oleh PKKM . Contohnya
sepanjang tahun 2007 terdapat 47 program promosi dijalankan dan beliau
mengikuti semuanya.
Mempunyai
pekerja yang khas bertugas untuk aktiviti Promosi dan pemasaran
Aspek
pengeluaran dan teknologi
Mempunyai
kemudahan bengkel yang digunakan sepenuhnya dan mempunyai peralatan mesin
pengeluaran produk.
Visi dan
Misi
En. Jamawid
mempunyai misi dan visi untuk memastikan Parang Bajau ini dapat diteruskan
kerana ianya merupakan satu-staunya produk Parang Bajau yang terdapat di negeri
Sabah.
Jaringan
Perniagaan
Selain
tempahan berterusan dari traders tempatan, turut terdapat tempahan dari
Semenanjung. Purata tempahan dan jualan dari Semenanjung sebulan adalah dalam
RM 15,000.00.
Turut
mempunyai gerai jualan di Pekan Nabalu, Ranau Sabah.
Kawalan stok
Mempunyai kawalan
stok yang diselengarakan oleh beliau sendiri dan pekerja. Beliau tetap
menjaga kebajikan para pekerja dengan memastikan pekerja berpuas hati dengan
pengurusan dalam pembuatan Parang
Kerja-kerja
R&D
Menjadi
pakar rujuk bidang kraf senjata saamada daripada pengusaha senjata sendiri,
dari pihak Kraftangan Malaysia malah daripada lain-lain jabatan, kementerian
dan NGO. Terdapat beberapa jenis ukiran Parang Bajau seperti Parang Kayang,
Parang Kayu, Pidah, Pisau dan Pedang.
Melatih
tenaga pelapis kemahiran dan pengurusan
Dengan
adanya program seperti Latihan Kemahiran Tenaga Kerja (LKTK), Bimbingan
Teknikal (BT) dan Orientasi Pengeluaran Produk (OP) yang dianjurkan oleh
Kraftangan Malaysia, beliau bertanggungjawab bagi memastikan pembuatan Parang
Bajau Sabah terus di warisi kepakarannya. Beliau juga tidak jemu untuk terus
melatih tenaga muda/pelapis baru dalam pembuatan Parang Bajau.
Kreatif dan
inovatif
En. Jamawid
mempunyai kreativiti dan juga inovatif dalam pembuatan Parang Bajau. Beliau sentiasa
mempunyai idea yang kreatif dalam menghasilkan pelbagai motif ukiran produk
Parang Bajau.
Pengembangan
dalam pemasaran
Tempahan
yang berterusan di peringkat domestik dan antarabangsa membuktikan bahawa
Parang Bajau mempunyai pengembangan pasaran yang baik.
PRODUK
EKSKLUSIF
Karya atau
reka cipta yang dihasilkan beliau sering dijadikan cenderamata tetamu kehormat
luar dan dalam negara. Produk yang dihasilkan pernah dijadikan cenderamata Tuan
Yang Terutama (TYT) iaitu Tun Sakaran Dandai dan Tun Ahmad Sahah. Selain itu
turut pernah dijadikan hadiah cenderamata untuk Ketua Menteri Sabah YAB.Datuk
Seri Musa Aman dan beberapa orang Menteri kabinet Sabah dan persekutuan.
Koleksi
Parang beliau turut ada dalam simpanan Menteri KPKK Dato; Seri Utama Dr Rais
Yatim samaada yang dibeli sendiri atau yang telah diberi sebagai cenderamata.
Beliau
sering membuat barang contoh (prototaip) R&D Kraftangan dan agensi kerajaan
negeri.
No comments:
Post a Comment