Friday, September 29, 2017

ANYAMAN SALINGKAWANG




  
Salingkawang merupakan pokok renik dalam keluarga paku pakis dan hidup subur di kawasan tanah tinggi dan mempunyai suhu gunung yang agak sejuk dan dingin.  Salingkawang panggilan dalam bahasa suku kaum Dusun pedalaman sabah (Keningau, Tambunan, Ranau, Tenom, Nabawan) merupakan pokok renik yang mempunyai kumpulan yang sama dengan Ribu-ribu iaitu secara saintifiknya dalam kumpulan Lygodium.

Di semenanjung Malaysia, pokok renik ini dipanggil sebagai pokok Resam yang tumbuh di ladang-ladang sawit dan hutan terbiar. Walau bagaimanapun pokok salingkawang yang terdapat di negeri Sabah khususnya di kawasan pedalaman Sabah agak subur dan besar berbanding di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Salingkawang hanya digunakan untuk mencantikan produk yang dihasilkan daripada buluh iaitu dijadikan sebagai pengikat tepi produk tersebut. Sekarang bahan Salingkawang digunakan pula untuk membentuk beberapa jenis anyaman seperti anyaman lipan dan anyaman mata punai dan fungsinya masih menumpang pada produk Buluh yang dihasilkan.


Pada tahun 2007, Hasil kajian yang dijalankan oleh unit R&D Kraftangan Malaysia Sabah, produk berasaskan salingkawang berjaya dihasilkan. Produk pertama yang dihasilkan adalah beg wanita dan selepas itu produk baru berasaskan Salingkawang terus dikeluarkan oleh di bawah Program SDSI Kg. Batu Lunguyan Sook Keningau, Sabah.

2 comments: