Wednesday, January 24, 2018

MASAK ASAM IKAN PATIN

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

MASAK ASAM IKAN PATIN


BAHAN BAHAN
Seekor Ikan patin Sangkar (800grm)
Setangkai Daun Kesom
6 keping asam gelugor
2 cm kunyit hidup
2 sudu besar asam tempoyak (jika ada)
15 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
2 tangkai bunga kantan
2 ulas belimbing buluh (jika ada)
10 ulas petai (jika perlu)
Sedikit garam dan gula

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ikan patin dan potong 2 atau 3 keping mengikut kesesuaian. Kisarkan cili merah, cili padi dan kunyit. masukkan bahan yang dikisar tadi dalam periuk dan masukkan air 5 atau 6 cawan.


Masukkan pula asam keping, bunga kantan, petai dan tempoyak. Masak bahan-bahan tersebut bili mendidih masukkan ikan. Biarkan selama 10 minit di atas api.

No comments:

Post a Comment